Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Halang laluan ambulans: 5 pelajar mengaku menunggang berbahaya, dijamin RM1,500

Oct 29, 2025 | 3:32 PM
Mahkamah Majistret membenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang kepada lima remaja yang ditahan selepas terbabit dalam kejadian tular mereka menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans.
Mahkamah Majistret membenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang kepada lima remaja yang ditahan selepas terbabit dalam kejadian tular mereka menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans. - Foto HARIAN METRO

KUALA KANGSAR (Perak): Mahkamah Majistret di sini pada 29 Oktober membenarkan jaminan RM1,500 ($463.2) setiap seorang lima remaja yang ditahan selepas terbabit dalam satu kejadian tular menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pada 19 Oktober lalu.

Jaminan masing-masing dengan seorang penjamin itu adalah selepas kelima-lima pelajar sekolah berkenaan membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya.

Semua tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan bersalah sewaktu tuduhan terhadap mereka dikemukakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Jaminan diberikan mahkamah sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jatuh hukum, dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Januari 2026.

Semua tertuduh membayar wang jaminan, lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas tuduhan, kelima-lima tertuduh sebagai penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC didapati menunggang kenderaan itu dengan kelajuan berbahaya kepada orang awam di Kilometer (KM) 249 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, 3.15 petang, 19 Oktober lalu.

Ia kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda minimum RM5,000 namun tidak melebihi RM15,000.

Kesalahan itu turut dibaca bersama Seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak 2021.

Pada 28 Oktober, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, mengesahkan penahanan lima pelajar sekolah berusia 17 tahun susulan tular menunggang motosikal secara berbahaya ala aksi ‘Superman’ dan menghalang laluan ambulans yang dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Semua suspek ditahan pada 27 Oktober di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dan direman selama dua hari susulan video rakaman tular berhubung insiden itu dikesan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.

Menerusi video tular berdurasi 33 saat itu, ia dirakam dipercayai oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada dalam ambulans terbabit, memperlihatkan lima penunggang motosikal menunggang dalam keadaan berbahaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg