Hamzah tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu, di luar negara hingga 13 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamzah tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu, di luar negara hingga 13 Feb

Feb 11, 2026 | 6:41 PM

Hamzah tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu, di luar negara hingga 13 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, Bersatu, Hamzah Zainudin, politik, Lembaga Disiplin, Perikatan Nasional
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai status Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang berdepan tekanan untuk dipecat, dijangka berlarutan berikutan Ahli Parlimen Larut (Perak) itu tidak dapat hadir ke prosiding Lembaga Disiplin Bersatu pada 12 Februari.

Setiausaha Sulitnya, Encik Ahmad Ikhwan Fadli, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ketua Pembangkang itu kini berada di Sydney, Australia.

Beliau berkata Datuk Hamzah berlepas ke Australia bagi menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding Lembaga Disiplin Bersatu.

“Beliau telah segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa tidak dapat menghadiri prosiding pada tarikh berkenaan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Encik Ahmad Ikhwan berkata Datuk Hamzah juga sudah memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, pada 4 Februari lalu bahawa beliau tidak dapat menghadiri persidangan Parlimen bermula 5 hingga 13 Februari.

Sebelum ini, Datuk Hamzah dilaporkan dipanggil untuk membantu siasatan Lembaga Disiplin Bersatu berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu serta serangan terhadap Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan notis saman kedua yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, bertarikh 6 Februari lalu, sebanyak empat aduan disiplin difailkan terhadap Datuk Hamzah, masing-masing bertarikh 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.

Antara lain, Datuk Hamzah didakwa gagal menghalang beberapa pemimpin dan ahli parti daripada mengeluarkan kenyataan menyerang Tan Sri Muhyiddin serta mencemarkan imej Bersatu.

Aduan lain termasuk gagal menghalang rundingan dengan presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat parti termasuk perbincangan berkaitan Majlis Eksekutif PN yang sudah ditolak Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Datuk Hamzah juga didakwa mencemarkan imej Tan Sri Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak dijemput ke pertemuan membabitkan presiden parti komponen PN pada 28 Januari lalu.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan dua Ahli Parlimen (AP) Bersatu menafikan dakwaan yang mengaitkan Datuk Hamzah dengan plot untuk keluar dari PN bersama 15 AP lain.

AP Mersing (Johor), Encik Islahuddin Abas dan AP Ketereh (Kelantan), Encik Khlir Mohd Nor, menafikan laporan itu, yang dikatakan memetik sumber kanan Bersatu.

Dalam mempertikaikan dakwaan tersebut, Encik Islahuddin berhujah bahawa plot seperti yang didakwa itu tidak dapat dilaksanakan dengan penguatkuasaan undang-undang antilompat parti.

“Saya rasa kalau bawa (AP) keluar (PN) melampau sangat ‘kot’? Nak bawak keluar maksud apa? Kan dah ada akta antilompat parti. Mana boleh bawa keluar Bersatu,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg