Hamzah tolak jemputan sertai Umno, akan teruskan entiti politik baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamzah tolak jemputan sertai Umno, akan teruskan entiti politik baru

Mar 10, 2026 | 3:08 PM

Hamzah tolak jemputan sertai Umno, akan teruskan entiti politik baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua dari kanan), bersama jemputannya semasa majlis berbuka puasa pada 9 Mac, yang dihadiri pemimpin semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua dari kanan), bersama jemputannya semasa majlis berbuka puasa pada 9 Mac, yang dihadiri pemimpin semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). - Foto FACEBOOK HAMZAH ZAINUDIN

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang baru sahaja disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), nekad meneruskan hasratnya membentuk entiti politik baru, menolak lamaran untuk kembali menyertai Umno.

Walaupun hala tuju sebenarnya masih samar, Ahli Parlimen Larut, Perak, itu telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang menghimpunkan pemimpin daripada seluruh parti komponen gabungan pembangkang, Perikatan Nasional (PN).

Turut kelihatan ialah Presiden Berjasa, Encik Zamani Ibrahim; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Encik Khairi Jaya.

Selain dua rakan komponen PN, iaitu Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Encik Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Encik P Punithan; meja utama turut diserikan dengan kehadiran Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran.

Parti MIC sebelum ini dikhabarkan mungkin meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PN.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat merangkap Ahli Parlimen Pendang, Kedah, Datuk Awang Hashim.

Walaupun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir, pemimpin Bersatu yang pro-Datuk Hamzah, Datuk Dr Ronald Kiandee, kelihatan hadir.

Ketika ditemui media, Datuk Hamzah menjelaskan, “Alhamdulillah, kita adakan majlis ini, seperti yang saya katakan, kita ingin merapatkan silaturahim.

“Hubungan erat ini meliputi semua parti, termasuk Umno, tanpa terkecuali.

“Jadi, jika ditanya adakah saya akan masuk Umno? Jawapannya tidak. Tadi pun jelas, banyak parti bersama saya. Saya akan nilai mana yang terbaik untuk masa depan rakyat,” ujarnya, lapor Malaysiakini.

“Tak perlulah masuk (Umno),” tegas Datuk Hamzah menjawab kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengalu-alukan semua bekas ahli kembali menyertai parti di bawah visi ‘Rumah Bangsa’ itu.

Sebelum menyertai Bersatu, Datuk Hamzah adalah antara Ahli Parlimen Umno yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Ahmad Zahid dan mengambil keputusan keluar parti pada 14 Disember 2018.

Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berhasrat menyekat sebarang cubaan parti baru Datuk Hamzah menyertai PN, sambil menuduh bekas timbalannya itu sebagai ‘tidak boleh dipercayai’.

Sejak pemecatannya pada 13 Februari lalu, Datuk Hamzah kekal berahsia mengenai langkah politiknya seterusnya.

Namun, minggu lalu beliau dikatakan memberi bayangan potensi mengambil alih Parti Keluarga Malaysia yang belum berdaftar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg