Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hanya bayar RM258 untuk pembedahan otak isteri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hanya bayar RM258 untuk pembedahan otak isteri

Suami terkejut kos rawatan hospital kerajaan di M’sia murah, tetapi cekap
Jan 19, 2024 | 03:51 PM



KUALA LUMPUR: Seorang suami terkejut dengan bil hospital hanya bernilai RM258 ($73.2) untuk perbelanjaan pembedahan otak dan rawatan isterinya selama 26 hari di hospital kerajaan.


Dalam satu catatan Facebook, Encik Lee Vi Hua berkata beliau berterima kasih kerana kos yang dikenakan sangat rendah dan merasa lega kerana pembedahan isterinya berjalan lancar.

Perkongsiannya itu meraih perhatian pelbagai pihak yang memuji kecekapan perkhidmatan kesihatan di Malaysia, baik dari segi mutu rawatan mahupun kos yang perlu dibayar pesakit.

Malah ia turut mendapat reaksi mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Hisham Abdullah, yang mengulang siar semula berita itu di laman X miliknya.

Untuk rekod, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia apabila menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, yang mengiktiraf perkhidmatan kesihatan bermutu tinggi.

Encik Lee berkata isterinya mengalami sakit kepala teruk sejak Disember 2023 dan hanya makan ubat penahan sakit daripada klinik tempatan.

Namun isterinya masih tidak selesa dan sakit berterusan, menyebabkan beliau membawa isterinya ke hospital swasta, yang mana mereka mendapat berita yang tidak dijangka apabila isterinya disahkan mengalami pendarahan otak serius.

“Doktor mengesyorkan prosedur pembedahan otak serta-merta, namun rawatan itu tidak ada di hospital swasta, sebaliknya hanya ada kemudahan hospital kerajaan yang terpilih.

“Pada mulanya, kami merancang pembedahan di hospital swasta dengan anggaran kos RM150,000.

“Bagaimanapun, keadaan berubah apabila isteri disahkan positif Covid-19 pada 17 Disember 2023, menyebabkannya dipindahkan ke hospital kerajaan di Johor Bahru,” katanya lapor New Straits Times pada 18 Januari.


Encik Lee berkata usaha mendapatkan rawatan tidak berjalan seperti yang dirancang, kerana pada 23 Disember 2023, kebanyakan pakar bedah di hospital swasta dan kerajaan sedang bercuti.

“Akhirnya pada 7 Januari lalu isteri saya berjaya menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar hanya dua hari kemudian.

“Pembedahan itu berjaya, menandakan berakhirnya perjalanan yang mencabar selama 26 hari. Selepas tiga bulan berada di hospital dan di bawah jagaan pasukan perubatan terbaik, saya terkejut apabila hanya perlu menjelaskan bil RM258.

“Sistem penjagaan kesihatan Malaysia sememangnya bagus kerana kebolehcapaiannya kepada rakyat. Memilih hospital swasta boleh menyebabkan kos mencecah berlipat kali ganda lebih tinggi,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >