Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rangka kerja baru lindungi pekerja jagaan kesihatan dari penderaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka kerja baru lindungi pekerja jagaan kesihatan dari penderaan

Dec 13, 2023 | 06:23 PM



Satu rangka kerja baru yang melibatkan tiga pihak telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 13 Disember untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan dari penderaan.

Rangka kerja ini bertujuan untuk memberikan definisi umum penderaan dan gangguan kepada semua institusi penjagaan kesihatan serta menetapkan piawaian konsisten untuk melindungi pekerja kesihatan.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, mengumumkan langkah ini di bangunan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 13 Disember. Beliau menyatakan bahawa walaupun majoriti pesakit dan keluarga mereka menghormati pekerja penjagaan kesihatan, terdapat minoriti yang melakukan tindakan penderaan ke atas mereka.

“Ini menjadi masalah besar kerana pekerja penjagaan kesihatan mempunyai beban kerja yang sangat besar. Apabila mereka mengalami penderaan, semangat mereka terjejas.

“Jadi, saya rasa kita perlu melindungi mereka daripada penderaan, meningkatkan semangat mereka, serta memberi sokongan kepada mereka. Itu adalah cara terbaik untuk membantu mereka memberikan perkhidmatan kepada majoriti rakyat Singapura dan pesakit kami,” jelas Encik Ong.

Menurut kenyataan MOH pada 13 Disember, kluster penjagaan kesihatan awam telah berjanji untuk mengguna pakai rangka kerja itu. Ia bertujuan untuk menyemak dan mengemas kini protokol dalaman mereka di seluruh hospital dan institusi menjelang Jun 2024.

Rangka kerja tersebut bertujuan mewujudkan persekitaran kerja lebih selamat untuk pekerja kesihatan kesihatan, dan membolehkan mereka mengambil tindakan segera untuk melindungi diri mereka dan orang lain daripada bahaya, tambah kenyataan itu.

Ini termasuk “memberitahu pelaku untuk menghentikan tingkah laku kesat mereka atau meminta bantuan daripada kakitangan keselamatan”.

“Setiap institusi penjagaan kesihatan awam akan mempunyai fungsi perlindungan kakitangan untuk mengawasi semakan yang wajar dan adil terhadap insiden penderaan dan gangguan yang dilaporkan melibatkan kakitangan.

“Sokongan fizikal dan kesihatan yang diperlukan juga akan disediakan untuk kakitangan yang menjadi mangsa penderaan dan gangguan,” jelas kenyataan itu.

Di samping itu, institusi penjagaan kesihatan akan mempunyai autonomi untuk mengambil tindakan terhadap pelaku. Ini termasuk “mengeluarkan amaran, mengeluarkan pelaku daripada premis, menolak permintaan yang tidak munasabah di luar skop kerja pekerja penjagaan kesihatan, atau tidak menerima pesakit yang kesat yang dinilai tidak memerlukan rawatan perubatan segera.”

Mengulas tentang kejayaan rangka kerja itu, Encik Ong berkata: “Saya tidak fikir kita boleh menghasilkan penunjuk untuk mengukur kejayaan dan mengukur tahap kebahagiaan atau semangat pekerja... itu adalah sukar.

“Tetapi saya harap dari masa ke masa, kita dapat melihat dinamik baru di mana ada mata yang memerhati semua orang bagi memastikan semua akan saling hormat menghormati dalam sekitaran penjagaan kesihatan.”

Sementara itu, institusi penjagaan kesihatan juga berkomitmen untuk tidak mentoleransi penderaan dan gangguan terhadap kakitangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG), Profesor Phillip Choo berkata NHG menyedari bahawa sebahagian besar pesakit mereka menghormati pekerja penjagaan kesihatan.

“Namun, kami tidak boleh membiarkan tingkah laku sebilangan kecil individu melemahkan semangat kakitangan kami dan menyukarkan mereka untuk menyediakan mutu penjagaan tinggi,” ujar Profesor Choo.

Selaras dengan kata-kata Profesor Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingHealth, Profesor Ng Wai Hoe berkata SingHealth tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dan melaporkan kejadian penderaan.


“Kami menghargai pesakit kami yang mempercayakan penjagaan mereka kepada kami dan kakitangan kami yang memberikan usaha terbaik setiap hari. Kami berusaha untuk menyediakan persekitaran yang selamat jadi adalah penting untuk kita melayan satu sama lain dengan saling menghormati dan berbaik sangka,” kata Profesor Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >