Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Harga bilik hotel di M’sia jangka naik ekoran cukai perkhidmatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Harga bilik hotel di M’sia jangka naik ekoran cukai perkhidmatan

Feb 29, 2024 | 03:08 PM



Pelancong asing yang menginap di hotel Malaysia dijangka berdepan kenaikan kos penginapan di hotel, susulan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus bermula 1 Mac.

Ini berikutan kenaikan kadar cukai perkhidmatan sebanyak 2 peratus berbanding sebelum ini dan dijangka memberi kesan domino terhadap pelbagai rantaian perkhidmatan dalam industri berkenaan.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel, berkata selain kenaikan cukai perkhidmatan, perubahan caj penginapan di hotel turut terkesan dengan pelbagai peningkatan kos lain ketika ini.

Namun beliau tidak memberi anggaran kenaikan kadar harga penginapan hotel itu.

Beliau berkata jika berlaku perubahan kepada kadar tersebut, ia adalah pilihan terakhir yang perlu dilakukan pemain industri untuk menampung pelbagai peningkatan kos dan bukan bertujuan mengaut untung berlebihan.

“Apabila peningkatan cukai perkhidmatan dilaksanakan, kos pengusaha hotel akan meningkat.

“Buat masa ini pemain industri akan memantau kesan kenaikan cukai perkhidmatan ini terhadap kos operasi dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan harga bilik di hotel,” katanya kepada Berita Harian pada 29 Februari.


Beliau yang juga Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF) berkata pemain industri ketika ini berdepan pelbagai cabaran kenaikan kos yang bukan hanya disumbangkan oleh kenaikan cukai perkhidmatan.

“Peningkatan kos operasi hotel bukan terkesan sebab cukai saja. Sebagai contoh penyelenggaraan kontraktor hawa dingin, kos alat ganti, kos buruh, ini semua antara yang mendorong kepada perubahan dan peningkatan kadar harga tempahan bilik hotel,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia perlu peka bahawa peningkatan harga bilik hotel adalah sebahagian kesan daripada keputusan kerajaan menaikkan kadar cukai perkhidmatan.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu melihat langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan cabaran dalam sektor perhotelan, antaranya menaikkan nilai ambang tahunan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk sektor perhotelan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta.

“Ini penting terutama kepada hotel bajet dan kecil kerana jika tidak, penyelesaian untuk mengekang segala peningkatan kos hanyalah dengan menaikkan kadar sewaan bilik hotel.

“Kerajaan juga perlu mengawal selia platform ejen pelancongan dan penginapan dalam talian yang mengaut komisen tinggi dan mempromosikan premis penginapan tidak berlesen yang memberi kesan kepada pengusaha hotel berlesen,” jelasnya.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh, dilaporkan berkata harga hotel dijangka naik antara 10 hingga 30 peratus susulan peningkatan kadar cukai jualan.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan menaikkan cukai perkhidmatan kepada 8 peratus daripada 6 peratus.

Namun, beliau berkata peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Hotel, pangsapuri servis dan rumah penginapan tersenarai dalam kategori A yang akan dikenakan kenaikan cukai perkhidmatan itu bermula 1 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >