Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga minyak kekal untuk rakyat Malaysia, warga asing akan bayar lebih

May 25, 2025 | 4:39 PM
Terdapat sekitar 4 juta warga asing di Malaysia yang menikmati subsidi sebanyak RM3 bilion ($912 juta) hingga RM4 bilion, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdapat sekitar 4 juta warga asing di Malaysia yang menikmati subsidi sebanyak RM3 bilion ($912 juta) hingga RM4 bilion, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto REUTERS

JOHOR BAHRU: Warga asing akan dikenakan bayaran lebih tinggi bagi bahan api di bawah pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat sekitar 4 juta warga asing di Malaysia dan mereka menikmati subsidi bahan api antara RM3 bilion ($912 juta) dengan RM4 bilion.

“Ada cadangan untuk menaikkan harga minyak dan memberi subsidi kepada rakyat tempatan.

“Kami telah menolak cadangan ini. Kita akan menyasarkan 5 peratus golongan amat kaya (ultra-rich) di Malaysia dan juga warga asing,” kata Datuk Anwar dalam ucapan penutup beliau di Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak menolak pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api, kerana kebanyakan rakyat di negara itu tidak akan terjejas.

Beliau turut menegaskan kadar subsidi di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia.

Datuk Anwar turut berkata bahawa kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan sistem e-invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan ia tidak membebankan syarikat-syarikat kecil.

Inisiatif e-invois telah dimulakan pada Ogos 2024 bagi syarikat yang memperolehi hasil melebihi RM100 juta setahun.

Fasa kedua bermula pada 1 Januari bagi perniagaan dengan penjualan antara RM25 juta dengan RM100 juta setahun.

Fasa ketiga pelaksanaan penuh akan bermula pada 1 Julai, melibatkan semua jenis perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg