Topic followed successfully
Go to BHkuHasrat beli mangga harumanis berakhir rugi lebih $12,000
Hasrat beli mangga harumanis berakhir rugi lebih $12,000
Apr 28, 2026 | 1:05 PM
Hasrat beli mangga harumanis berakhir rugi lebih $12,000
Hajat seorang penjawat awam untuk membeli mangga harumanis tak kesampaian apabila wang dalam akaunnya sebanyak RM38,090 ($12,260) lesap selepas mengisi butiran peribadi melalui pautan yang diberikan. - Foto EPA
KUALA TERENGGANU: Hajat seorang penjawat awam untuk membeli mangga harumanis tak kesampaian apabila wang dalam akaunnya sebanyak RM38,090 ($12,260) lesap selepas mengisi butiran peribadi melalui pautan yang diberikan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 54 tahun membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira 11 malam 27 April, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Laporan berkaitan
Sangka Rolex asli itu palsu, lelaki dijel 7 bulan kerana cuba tipu kedai jamApr 21, 2026 | 6:37 PM
Pelakon M’sia, suami ditahan kali kedua kes tipu pelaburanMar 9, 2026 | 1:30 PM

