Pelakon M’sia, suami ditahan kali kedua kes tipu pelaburan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon M’sia, suami ditahan kali kedua kes tipu pelaburan

Mar 9, 2026 | 1:30 PM

Pelakon M’sia, suami ditahan kali kedua kes tipu pelaburan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, pelakon, tahan reman, lokap, jualan lembu, penipuan tanah
Pelakon wanita (belakang, kanan) dan suaminya (depan, kanan) berpakaian lokap ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman pada 4 Mac lalu. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita dan suaminya, yang sebelum ini ditahan pada 4 Mac lalu berhubung kes penipuan jualan tanah berjumlah RM1.5 juta ($480,000), telah direman buat kali kedua pada 9 Mac bagi membantu siasatan terhadap satu penipuan pelaburan melibatkan jualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pasangan itu ditahan semula oleh Cawangan Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Untuk makluman, pelakon terbabit dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.

“Kedua-dua suspek dibawa ke mahkamah hari ini (9 Mac) untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan ringkas, pada pagi 9 Mac, lapor Harian Metro.

Sebelum ini media Malaysia melaporkan pelakon wanita berkenaan dan suaminya yang disyaki terbabit dalam kes penipuan melibatkan urusan penjualan tanah kurnia dengan kerugian berjumlah RM1.5 juta direman sehingga 8 Mac.

Pasangan itu ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz dekat Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor, pada 4 Mac.

Penahanan pasangan berkenaan selepas seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun membuat laporan polis di Hulu Langat, yang mendakwa ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Sebelum itu, seorang usahawan produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelakon wanita berkenaan bersama suaminya membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran di aplikasi Threads, mendakwa pelakon yang sering menghiasi drama di kaca televisyen kini sedang ‘bersembunyi’ selepas didakwa menipu wang mangsa.

Menurut mangsa yang menggunakan nama akaun Threads, kakbeyna_official, beliau kerugian sebanyak RM300,000, namun mendakwa terdapat mangsa lain yang mengalami kerugian jauh lebih besar sehingga mencecah jutaan ringgit.

Difahamkan, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh mangsa dan wanita itu turut memuat naik gambar tangkap layar kiriman mesej daripada mangsa lain dan tertera kad pengenalan diri pelakon itu dan lelaki yang didakwa sebagai suaminya.

Pelakon wanita itu dan suaminya turut disiasat bagi kes penipuan darjah kebesaran membabitkan kerugian kira-kira RM23,000.

Ketua Polis Daerah Seremban, Penolong Pesuruhjaya Azahar Abdul Rahim, dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pesara kerajaan pada 18 Disember 2025, berkait modus operandi penipuan dalam urusan mendapatkan darjah kebesaran Terengganu membawa gelaran Datuk yang tidak wujud.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg