Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hasrat dua beradik keluar beli tudung raya terbantut di M’sia

Jun 6, 2025 | 11:32 AM
motosikal, disita, ditahan, malaysia, op
Dua beradik yang berusia 18 tahun dan 22 tahun itu mendakwa tidak mengetahui bahawa cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh sejak 2023 dan mereka ditahan sebelum disita menerusi Operasi Khas Motosikal yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Khamis malam. - Foto HARIAN METRO

KOTA BHARU (Kelantan): Hasrat dua beradik untuk keluar membeli tudung raya terbantut, selepas motosikal yang ditunggang mereka ditahan sebelum disita menerusi Operasi Khas Motosikal yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Khamis malam.

Dua beradik yang masing-masing berusia 18 tahun dan 22 tahun itu mendakwa tidak mengetahui bahawa cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh sejak 2023.

Penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Ira, 22 tahun, berkata mereka datang dari Chempaka iaitu enam kilometer dari lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan dalam perjalanan menuju ke pasar malam di Wakaf Che Yeh.

“Saya bekerja di Kuala Lumpur dan baru sampai di kampung Khamis pagi.

“Malam ini keluar bersama adik untuk membeli tudung raya di Wakaf Che Yeh.

“Agak terkejut apabila ditahan dan dimaklumkan cukai jalan motosikal kami ini rupanya sudah tamat tempoh sejak 2023.

“Sebenarnya sudah lama saya tidak menggunakan motosikal ini memandangkan kami semua bekerja di Kuala Lumpur dan adik saya yang juga pemilik motosikal ini juga bekerja di luar Kelantan,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan Operasi Khas Motosikal sempena Ops Khas Aidiladha (HRAA) di Jalan Kuala Krai, di sini.

Turut serta dalam operasi itu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Encik Muhammad Kifli Ma Hassan.

Susulan ‘penahanan’ itu menyebabkan mereka tawar hati untuk meneruskan hasrat berbelanja kelengkapan raya.

“Disebabkan motosikal sudah disita, kakak kami terpaksa datang untuk mengambil kami di sini.

“Apa yang berlaku sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada kami,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg