Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hina Melayu malas: Usahawan Kemboja didenda RM40,000

Dec 6, 2024 | 6:23 PM
Usahawan wanita, Mariyah Yaakob, yang digelar ‘Makcik Kemboja’ didenda RM40,000 ($12,146) oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada 6 Disember, kerana menghina Melayu malas pada 2023.
Usahawan wanita, Mariyah Yaakob, yang digelar ‘Makcik Kemboja’ didenda RM40,000 ($12,146) oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada 6 Disember, kerana menghina Melayu malas pada 2023. - Foto NSTP

AYER KEROH (Melaka): Kerana menghina Melayu malas, seorang usahawan wanita, Mariyah Yaakob, yang digelar ‘Makcik Kemboja’ didenda RM40,000 ($12,146) oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada 6 Disember.

Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman itu selepas Mariyah, 48 tahun, menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan keluarkan kenyataan jelik dalam satu video di media sosial mendakwa orang Melayu sebagai malas, pada 2023.

Mahkamah yang sama bagaimanapun membebaskan anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 23 tahun, dengan bon jaminan berkelakuan baik RM10,000 tanpa cagaran selama setahun berserta seorang penjamin warga Malaysia, atas kesalahan memulakan hantaran komunikasi video itu di media sosial.

Ezuan Hafsham juga menukar pengakuan kepada bersalah.

Dalam penghakimannya, beliau membuat pertimbangan maksimum fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan serta memerintahkan Mariyah dipenjara enam bulan jika ingkar membayar denda itu, namun tertuduh melangsaikannya.

Mengikut tuduhan, Mariyah didakwa menggunakan aplikasi TikTok dan membuat satu penyataan iaitu:

“Kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak? Dan orang Kemboja memang rajin, nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas…” dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November 2023.

Kejadian penghinaan Mariyah tular di media sosial dan menggores hati ramai kerana menyentuh bangsa Melayu selepas dimuat naik di TikTok oleh tertuduh kedua, menyebabkan 23 laporan polis dibuat di seluruh negara mengenainya termasuk 12 di Melaka.

Mariyah menerima kecaman teruk di media sosial daripada netizen yang menyifatkan usahawan itu tidak sedar diri kerana perniagaan pakaiannya berjaya atas sokongan orang Melayu di Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg