Ibu dipercayai beri anak Methadone hingga maut ditahan di Selangor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu dipercayai beri anak Methadone hingga maut ditahan di Selangor

Feb 12, 2026 | 2:00 PM

Ibu dipercayai beri anak Methadone hingga maut ditahan di Selangor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tempat kejadian seorang kanak-kanak maut, manakala dua adiknya kritikal selepas diberi minum cecair berbahaya oleh ibu kandung di Kajang, Selangor.
Tempat kejadian seorang kanak-kanak maut, manakala dua adiknya kritikal selepas diberi minum cecair berbahaya oleh ibu kandung di Kajang, Selangor. - Foto HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Ibu kandung tiga kanak-kanak yang dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis Methadone sehingga mengakibatkan seorang daripada anaknya maut dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor, telah ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata wanita berusia 35 tahun dan suaminya berusia 44 tahun ditahan polis pada pagi 12 Februari di Kajang, untuk siasatan lanjut.

“Ya, saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut, manakala dua lagi sedang menerima rawatan di hospital,” katanya, lapor Harian Metro.

Media Malaysia pada 11 Febuari melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala dua lagi adiknya berusia sembilan dan lima tahun dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Kajang, selepas dipercayai diberi minum cecair Methadone di sebuah kediaman di Sungai Ramal Baru, Kajang.

Pihak polis dilaporkan menerima makluman berhubung kejadian itu pada 9 pagi, 11 Februari, daripada pegawai perubatan HTPN.

Terdahulu pihak hospital dilaporkan menerima tiga pesakit kanak-kanak lelaki berkenaan pada 7.50 pagi hari sama.

Datuk Shazeli berkata satu kertas siasatan dibuka membabitkan kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu untuk disiasat mengikut kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak terhadap bahaya.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif wanita terbabit bertindak sedemikian dan bagaimana bekalan ubat terkawal itu diperolehi,” katanya.

Sementara itu, kanak-kanak yang meninggal dunia selepas diberi minum cecair berbahaya itu dikatakan sempat menulis surat penghargaan kepada rakan-rakannya sebelum itu.

Mendedahkan perkara itu, bapa saudaranya di ruangan komen aplikasi TikTok memaklumkan, Allahyarham yang berusia 11 tahun, memberitahu dia akan meninggal dunia terlebih dulu, sehari sebelum kejadian.

“Dia menulis surat terima kasih kerana sudi menjadi kawannya. Surat itu dibuat ketika bermain bersama kawannya.

“Perkara ini disampaikan daripada kawan-kawannya kepada saya bahawa arwah juga sering membelanja rakannya,” katanya yang menggunakan nama hiddenbabyyeah di TikTok.

Salah seorang waris yang ditemui di pangsapuri berkenaan dan enggan namanya dikenali berkata beliau sedih dengan tragedi yang berlaku dan bingung bagaimana kejadian malang itu boleh terjadi.

“Minta maaf, kami pun tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Kami dari Melaka terus bergegas ke mari selepas mendapat berita,” katanya dalam nada pilu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg