Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IMF puji pembaharuan ekonomi M’sia

Dec 16, 2024 | 12:14 PM
Malaysia mendapat pujian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atas kejayaan melaksanakan pembaharuan ekonomi termasuk penyasaran subsidi elektrik dan diesel pada 2024.
Malaysia mendapat pujian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atas kejayaan melaksanakan pembaharuan ekonomi termasuk penyasaran subsidi elektrik dan diesel pada 2024. - Foto MALAYSIA TRAVEL

KUALA LUMPUR: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji pembaharuan ekonomi Malaysia terutama pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 serta kejayaan melaksanakan pembaharuan subsidi elektrik dan diesel.

IMF dalam satu kenyataan berkata ia turut menekankan keperluan untuk mempercepat pembaharuan itu bagi mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberi negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.

“Pelan pembaharuan struktur kerajaan di bawah Rangka Kerja Ekonomi Madani difokuskan dengan sewajarnya,” kata IMF dalam kenyataannya pada 15 Disember, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

IMF menyatakan pandangannya adalah berdasarkan penemuan awal pasukannya selepas mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini.

FRA adalah pencapaian penting bagi pengurusan dan tadbir urus fiskal dalam menghadapi persekitaran global yang semakin tidak menentu.

Situasi itu menunjukkan terdapat keperluan untuk membina semula penampan fiskal, menambah potensi pertumbuhan selain mengukuhkan perlindungan sosial dan pada masa yang sama mengekalkan kestabilan makroekonomi dan kewangan.

Bagi pertumbuhan ekonomi, IMF menyatakan bahawa prestasi ekonomi Malaysia telah meningkat dengan ketara pada 2024, disokong oleh permintaan dalam dan luar negeri yang kukuh.

Bagaimanapun pertumbuhan diunjurkan menyederhana daripada 5 peratus pada 2024 kepada 4.7 peratus pada 2025, mencerminkan pertumbuhan pelaburan yang sederhana dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

Risiko kepada penurunan pertumbuhan yang dijangka terutamanya disebabkan oleh prospek global yang tidak menentu termasuk risiko luaran daripada faktor geoekonomi.

“Sementara itu, risiko peningkatan mungkin timbul daripada pelaksanaan projek pelaburan besar yang lebih pantas daripada jangkaan di Malaysia,” tambahnya.

IMF juga berkata pendirian dasar kewangan neutral semasa adalah wajar dan sektor kewangan Malaysia kekal kukuh dengan kedudukan modal dan mudah tunai bank yang kukuh.

Sebelum ini, keputusan kerajaan Madani melaksanakan penyasaran subsidi diesel dan elektrik mendapat kritikan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menafikan sebarang hubung kait IMF dalam keputusan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun lalu.

Dalam pada itu, pasaran modal Malaysia melakar pencapaian penting pada 2024, melepasi paras RM4 trilion ($2.9 trilion), dipacu oleh pengukuhan asas-asas domestik yang membantu mengatasi cabaran ekonomi global yang kompleks.

Sehingga Oktober 2024, jumlah pasaran bon dan sukuk Malaysia yang terkumpul bernilai RM2.09 trilion, manakala permodalan pasaran sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia berjumlah RM2 trilion, melepasi paras RM2 trilion buat kali pertama pada Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg