Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Menara Ilham milik keluarga Tun Daim disita SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Menara Ilham milik keluarga Tun Daim disita SPRM

Dec 22, 2023 | 10:53 AM



KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini, yang dikatakan milik keluarga mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat yang bertarikh 18 Disember itu disiarkan pada 20 Disember melalui ruangan pemberitahuan satu portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Encik Ahmad Akram Gharib.

Ia ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Tun Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion ($0.66 bilion) pada November 1997.

Ia membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir negara.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata siasatan itu bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman dinyatakan SPRM mengenai punca bangunan milik keluarga Tun Daim itu disita sebagai harta tak alih mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009.

Susulan notis itu, sebarang urusan mengenai Menara Ilham adalah dilarang.

Berita Harian Malaysia (BHM) masih cuba mendapatkan komen Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai tindakan pihaknya menyita bangunan terbabit.


Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB, singkatan kepada Ilham Baru.

Tun Daim menjadi Bendahari Agung Umno antara 1984 dengan 1999.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Julai 1984 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum melepaskan jawatan itu pada 15 Mac 1991.

Pada 1998, Tun Daim kembali sebagai Menteri Tugas Khas bagi menangani krisis ekonomi negara yang semakin memuncak.

Pada Januari 1999, beliau dilantik semula sebagai Menteri Kewangan selepas penyandang jawatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat daripada Kabinet.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >