Isu sempadan 3 kampung Kalimantan Utara masih dirunding M’sia-Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu sempadan 3 kampung Kalimantan Utara masih dirunding M’sia-Indonesia

Jan 27, 2026 | 3:04 PM

Isu sempadan 3 kampung Kalimantan Utara masih dirunding M’sia-Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kalimantan, Indonesia, Malaysia, dibincang
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto NSTP

SEREMBAN (Negeri Sembilan): Isu tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia akibat perubahan garisan sempadan, masih dalam peringkat rundingan antara kedua-dua negara dan belum dimuktamadkan.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjelaskan hal ini kerana isu sempadan darat perlu mengambil kira realiti keadaan struktur tanah dan bukan semata-mata berdasarkan garis lurus pada peta.

Beliau berkata garis sempadan yang ditetapkan secara teknikal dan perundangan lazimnya lurus, berdasarkan koordinat dan perjanjian lama.

“Rundingan sedang dilakukan pada kawasan-kawasan berkenaan. Ini kerana apa yang ada di peta dan di tanah itu berbeza.

“Macam kami berunding dengan Brunei sekarang, kalau ikutkan kita punya garisan adalah lurus, tetapi ramai orang Brunei sudah masuk kawasan kita dan begitu juga sebaliknya, tak kan nak suruh mereka jadi rakyat Brunei pula.

“Apabila kita ikut undang-undang, ia garis lurus. Kalau kita buat betul, nanti akan ada rumah terbelah dua, dapurnya atau depan rumahnya di Malaysia, manakala belakang rumah atau jambatan di Indonesia.

“Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya kepada media Malaysia selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sendayan, Sendayan, Negeri Sembilan, pada 26 Januari, lapor laman web Buletin TV3.

Datuk Mohamad mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Sebelum ini, media Malaysia melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Mengulas lanjut, Datuk Mohamad berkata kerajaan akan mengarahkan jawatankuasa teknikal dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) untuk menjalankan kajian dan penilaian terperinci di lapangan, bagi membantu proses perundingan terbabit.

“Pengakhirannya nanti pemimpin kededua negara akan membuat persefahaman dan persetujuan mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau (Negeri Sembilan) berharap projek pembinaan sekolah baru di sekitar Sendayan dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan murid dalam kelas di bangunan sekolah sedia ada.

Menurutnya, projek itu diharap dapat dibuat secara ‘Turnkey’ bagi mempercepatkan proses siap berbanding kaedah tender biasa yang memerlukan tempoh lebih panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg