Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ito vokalis Blues Gang sertai PKR

Aug 25, 2025 | 2:52 PM
politik M’sia, Ito, ‘Blues Gang’, PKR
Vokalis kumpulan ‘Blues Gang’, Ito (dua dari kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin (dua dari kiri), pada 24 Ogos. - Foto FACEBOOK SYED BADLI SHAH SYED OSMAN

KUALA LUMPUR: Ito, vokalis kumpulan Blues Gang, menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah cabang Triwangsa (Kuala Lumpur), menurut Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman.

Syed Badli dalam satu kenyataan pada 24 Ogos, berkata Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendut menyerahkan borang keahlian yang diterima Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin.

Menurutnya, Ito adalah seorang reformis yang selama ini bergerak di belakang tabir melalui dunia seni dan menyumbang karya ke arah perjuangan bagi membentuk sahsiah masyarakat.

“Beliau juga telah mengikuti permukiman (PKR Titiwangsa) selama dua hari sebagai langkah awal persediaan untuk lebih mengenali dunia politik.

“Sebagai simbolik kemasukan Ito ke dalam PKR, beliau turut menerima sehelai kemeja Wilayah Persekutuan PKR.

“Semoga dengan kemasukan beliau ke cabang Titiwangsa ini akan menjadi nilai tambah buat PKR dan pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan kerajaan Madani,” katanya, lapor portal berita, Free Malaysia Today.

Datuk Shamsul Iskandar pula berkata penyertaan Ito ke Cabang Titiwangsa akan menjadi nilai tambah buat PKR dan pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan Madani, terutama menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Ito dan anggota kumpulan Blues Gang mewarnai industri seni negara selama lima dekad dan popular dengan lagu Apo Nak Dikato.

Selain Ito, beberapa selebriti lain sebelum ini turut menyertai PKR dan bergerak secara aktif antaranya pelakon dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki; penyanyi rap yang juga kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya (Ampang, Selangor), Altimet atau nama sebenarnya, Syed Abdul Rahman Al-Hadad; dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg