Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jabatan Akauntan M’sia kesan penipuan dana awam RM10.4j libat penjawat awam

Dari 2019 hingga 2024, siasatan terhadap urus niaga penipuan dana awam bawa pengesanan kerugian kira-kira RM18 juta
May 19, 2025 | 5:39 PM
Akauntan Negara Malaysia, Cik Nor Yati Ahmad.
Akauntan Negara Malaysia, Cik Nor Yati Ahmad. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan transaksi penipuan membabitkan penjawat awam sebuah jabatan Persekutuan di sebuah negeri berjumlah RM10.4 juta ($3.15 juta) dalam tempoh 2019 hingga 2024.

Akauntan Negara Malaysia, Cik Nor Yati Ahmad, berkata bagaimanapun tindakan susulan sudah diambil pihak berkuasa terhadap pihak terbabit.

Menurut beliau kebanyakan modus operandi penipuan perakaunan membabitkan manipulasi prosedur dan proses kewangan serta pengubahan sistem perakaunan dan pengurusan kewangan.

“Jabatan ini, selain mengambil tindakan agresif berdasarkan laporan daripada pihak ketiga dan sumber lain, turut mengamalkan pendekatan proaktif dengan memanfaatkan teknologi digital semasa.

“Ini termasuk menganalisis data kewangan untuk mengesan petunjuk awal dan mengenal pasti kejanggalan dalam transaksi yang dilihat mencurigakan atau luar biasa,” katanya selepas Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud (pernyataan palsu) Perakaunan (KKFP) di Kuala Lumpur pada 19 Mei, lapor Harian Metro.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Cik Nor Yati berkata dari 2019 hingga 2024, siasatan terhadap transaksi penipuan dana awam membawa kepada pemulihan atau pengesanan kerugian kira-kira RM18 juta.

Pada majlis yang sama, Datuk Wan Suraya, mendedahkan sebanyak 1,875 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan, termasuk badan berkanun, perlu memulangkan semula dana awam yang dikesan tiris dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Beliau berkata kesemua jabatan dan organisasi awam itu tidak akan terlepas daripada tindakan apabila laporan itu diterbitkan oleh pihaknya.

Menurutnya tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Malaysia (JSLKAN) mengesan beberapa ketirisan yang pada akhirnya akan dikutip semula, sama ada dalam penyata kewangan negeri atau penyata kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Malah, kita juga mengaudit badan berkanun dan 1,875 syarikat GLC dan apabila kita mengesan ketirisan berlaku, sama ada yang tidak dikutip, tidak diterima atau sebagainya, kita akan pastikan tindakan susulan dilakukan.

“Dalam proses ini, kita bukan sekadar mahu hasil itu dipulangkan semula malah kita juga mengesan sama ada berlakunya ketidakteraturan serius atau isu-isu tadbir urus,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Ketua Audit Malaysia juga sedang meneroka teknologi baru bagi mengesan penipuan sejajar dengan trend penipuan yang semakin kompleks dan berkembang.

“Jabatan Audit Negara (Malaysia) kini sedang menjalani proses pendigitalan, di mana hampir semua audit kini dijalankan secara digital, terutamanya audit melibatkan syarikat, yang sudah pun bermula,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg