Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jasad pemancing lemas di Kelantan timbul selepas azan dilaungkan

May 5, 2025 | 12:29 PM
lemas, Kelantan, hilang, mayat
Jasad Encik Muhammad Salam Mohd Daud, 27 tahun, timbul di permukaan sungai pada Ahad, 11.23 malam, pada jarak beberapa meter dari lokasi di mana beliau dilaporkan hilang. - Foto BH ONLINE

TUMPAT (Kelantan): Pemancing yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Pengkalan Nangka di sini telah ditemukan lemas.

Jasad Encik Muhammad Salam Mohd Daud, 27 tahun, timbul di permukaan sungai pada Ahad, 11.23 malam, pada jarak beberapa meter dari lokasi di mana beliau dilaporkan hilang, lapor Berita Harian Malaysia.

Mayat Encik Muhammad Salam timbul selepas setengah jam bapanya, Encik Mohd Daud Che Husin, 56 tahun, melaungkan azan tidak jauh dari lokasi mangsa ditemukan.

Encik Mohd Daud mengucapkan rasa syukur kerana anaknya itu akhirnya ditemukan walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Ketika melaungkan azan tadi, hati saya memohon kepada Allah supaya Salam dijumpai juga malam ini dan alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.

“Air mata berlinangan sebaik melihat jasad Salam timbul di permukaan sungai dan walaupun sudah tidak bernyawa, sekurang-kurangnya ada kuburnya,” katanya ketika dihubungi.

Encik Mohd Daud berkata jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Talak di sini, selepas selesai proses bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan Encik Muhammad Salam bersama seorang rakannya, Encik Mohammad Nor Amirul Mohd Zaid, 25 tahun, ke Sungai Pengkalan Nangka untuk memancing.

Mangsa tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai kerana terkejut dengan bunyi sebuah kenderaan yang datang namun Encik Mohammad Nor Amirul berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa hilang di sungai.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Encik Mohd Nazdy Mohd Noor, berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan seketika pada Ahad, 7 malam tadi memandangkan berlaku ribut di kawasan sekitar.

“Bagaimanapun pencarian di sekitar permukaan sungai tetap diteruskan dan pada 11.23 malam, penduduk kampung ternampak objek seakan manusia timbul di permukaan sungai,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg