Johor cipta lebih 80,000 peluang pekerjaan sepanjang 4 tahun pentadbiran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor cipta lebih 80,000 peluang pekerjaan sepanjang 4 tahun pentadbiran

Onn Hafiz senarai pencapaian ekonomi, kebajikan dan pembangunan negeri
Mar 16, 2026 | 1:18 PM

Johor cipta lebih 80,000 peluang pekerjaan sepanjang 4 tahun pentadbiran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto fail

Johor berjaya mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh empat tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata dalam tempoh tersebut, kadar pengangguran di negeri itu kekal rendah sekitar 2.5 peratus, selain Johor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM272 bilion ($88 bilion).

Menurutnya, Johor turut memecahkan rekod negara pada 2025 apabila mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah Malaysia dengan nilai keseluruhan RM110 bilion.

“Sepanjang empat tahun ini, Johor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM272 bilion dan mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan pada 15 Mac.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pencapaian kerajaan negeri sepanjang empat tahun pentadbiran menerusi satu rakaman video sempena genap empat tahun beliau diberi amanah menerajui kerajaan negeri Johor.

Datuk Onn Hafiz berkata kejayaan tersebut turut dipacu usaha Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji premium kepada anak Johor.

Selain pertumbuhan ekonomi, katanya, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan bagi memastikan rakyat dapat memiliki kediaman yang selesa dan mampu dimiliki.

Menurutnya, lebih 20,000 unit rumah mampu milik berjaya dibina, selain lebih 26,000 rakyat Johor dibantu memiliki rumah pertama melalui pelbagai inisiatif perumahan.

Kerajaan negeri juga katanya telah menyediakan lebih 1,000 rumah percuma kepada golongan memerlukan serta melaksanakan kerja baik pulih terhadap lebih 4,000 rumah daif di seluruh negeri.

Dalam aspek kebajikan rakyat, beliau berkata Bantuan Kasih Johor memberi manfaat kepada lebih 550,000 rakyat Johor tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang.

Selain itu, program Jualan Kasih Johor turut dilaksanakan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Datuk Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga berjaya menoktahkan kemiskinan tegar melibatkan lebih 4,300 individu dan kini sedang berusaha menoktahkan sekitar 6,500 lagi golongan miskin di negeri itu.

Dalam bidang pendidikan pula, beliau berkata kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembukaan empat Sekolah Rintis Bangsa Johor bagi memperkukuh sistem pendidikan negeri.

Selain itu, bantuan komputer riba turut diberikan kepada lebih 5,600 mahasiswa manakala bantuan pendaftaran mahasiswa disalurkan kepada lebih 14,000 pelajar.

Menurutnya, bantuan Back to School turut diberikan kepada lebih 21,000 pelajar selain bantuan makanan tengah hari serta kit alat tulis kepada 42,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam bidang kesihatan, kerajaan negeri menyediakan lebih 1,000 katil hospital baru serta memperkenalkan Sistem SmartQ bagi menambah baik sistem temu janji hospital.

Perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos secara percuma kepada rakyat Johor juga diperkenalkan selain kemudahan pengambilan ubat melalui inisiatif Local for You.

Datuk Onn Hafiz berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada pembangunan belia melalui pembinaan empat Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Kluang.

Menurutnya, inisiatif tersebut diilhamkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bagi memperkukuh pembangunan bakat serta kegiatan belia di negeri ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg