Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor desak Persekutuan percepat lulus projek pengangkutan rel

Nov 21, 2025 | 12:44 PM
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh. - Foto FACEBOOK FAZLI SALLEH

ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan Johor mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mempercepat kelulusan projek pengangkutan rel sebagai persediaan pada operasi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada awal 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerajaan negeri terbuka bagi pilihan pengangkutan rel Sistem Aliran Transit Automasi (ART) atau Projek Transit Aliran Ringan (LRT) dilaksanakan selewat-lewatnya awal 2026.

Jelas beliau, berdasarkan dapatkan dianggarkan seramai 40,000 penumpang RTS bagi setiap empat jam pada tempoh waktu puncak awal pagi dan petang.

“Kerajaan Johor bersetuju dengan saranan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, yang menegaskan keperluan mendesak agar projek ini dipercepatkan.

“Cadangan yang dibentangkan melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) adalah ART dan kosnya jauh lebih rendah berbanding LRT.

“Namun timbul persoalan, mengapa projek LRT di Pulau Pinang telah dimulakan, sedangkan permohonan Johor bagi ART yang lebih murah masih belum diluluskan,” katanya lapor MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi penggulungan Belanjawan Johor 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada 20 November.

Encik Mohd Fazli memberitahu, sebahagian jajaran awal bagi ART telah dikenal pasti melalui kajian awal kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda).

Beliau menjelaskan, cadangan ART tersebut telah memasuki proses tender terbuka untuk penilaian tender dan disyorkan (UKAS) dan selesai pada Julai.

“Pada 17 November, permohonan rasmi berkenaan projek ART dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Menteri Pengangkutan (Encik Anthony Loke) akan beri komitmen untuk mengangkat perkara ini ke dalam Kabinet dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 14 Mei tahun 2024, Encik Mohd Fazli dilaporkan berkata Johor memilih pembinaan ART di pusat bandar Johor Bahru, membabitkan tiga jajaran dengan jarak lebih 50 kilometer dengan 32 hentian stesen.

Ujarnya, anggaran kos bagi pembinaan sistem pengangkutan awam itu hampir RM7 bilion ($2.21 bilion).

Jelas beliau, ART dipilih kerana boleh disiapkan dalam tempoh masa lebih pendek berbanding LRT.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg