Johor komited tangani konflik manusia-gajah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor komited tangani konflik manusia-gajah

Mar 13, 2026 | 1:32 PM

Johor komited tangani konflik manusia-gajah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, Arthur Joseph Kurup, gajah, hidupan liar
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup. - Foto FACEBOOK ARTHUR JOSEPH KURUP

TANGKAK (Johor): Kerajaan Johor memberi perhatian serius terhadap konflik manusia-gajah menerusi pelbagai langkah pengurusan hidupan liar bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dengan pemeliharaan biodiversiti.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata Johor kini dianggar mempunyai antara 120 dengan 160 ekor gajah liar yang tertumpu di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.

“Situasi itu menyebabkan tanaman penduduk dirosakkan akibat pencerobohan gajah dan ini memerlukan pendekatan lebih tersusun bagi membantu keseimbangan antara pembangunan dengan kelestarian haiwan liar.

“Untuk itu, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Konflik Manusia dan Gajah selain melaksanakan beberapa langkah termasuk operasi translokasi gajah serta pembangunan kawasan bank makanan gajah bagi mengurangkan konflik itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Renjer Komuniti serta pelepasan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Peringkat Semenanjung Malaysia 2026 di Dataran Ledang pada 12 Mac.

Katanya kerajaan negeri juga sedang membangunkan Santuari Gajah Johor di Kota Tinggi yang akan menjadi pusat perlindungan dan pendidikan konservasi hidupan liar, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Arthur berkata projek lintasan hidupan liar bernilai RM30 juta ($9.7 juta) di laluan Batu Pahat ke Jamaluang – yang dijangka siap pada 2028 – akan berfungsi sebagai koridor ekologi menghubungkan beberapa kawasan hutan simpan utama di Johor.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 1,950 Renjer Komuniti di Semenanjung Malaysia dilantik menerusi peruntukan RM60.6 juta bagi memperkukuh usaha perlindungan biodiversiti dan rondaan hutan.

“Daripada jumlah itu, 159 renjer terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia, pesara polis, komuniti Orang Asli serta penduduk tempatan.

“Mereka akan ditempatkan di Johor bagi membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memantau kawasan hutan serta mengekang aktiviti pencerobohan dan pemburuan haram.

“Mereka ini adalah perisai negara dalam rimba dan kita tidak akan bertolak ansur dengan jenayah biodiversiti,” katanya.

Bagi pelaksanaan OBK di seluruh negara pula, beliau berkata dari tempoh 2019 hingga 2025, sebanyak 3,000 kegiatan pencerobohan telah ditumpaskan dengan nilai sitaan berjumlah RM413.1 juta direkodkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg