Johor nafi dakwaan hasil JDT dibiayai kerajaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor nafi dakwaan hasil JDT dibiayai kerajaan

Mar 9, 2026 | 3:01 PM

Johor nafi dakwaan hasil JDT dibiayai kerajaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ GHAZI

Kerajaan Johor menafikan dakwaan bahawa sebahagian besar hasil kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) datang daripada sumber awam atau kerajaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat dan mengelirukan yang tular di media sosial berhubung perkara itu.

Menurutnya, seperti yang dijelaskan oleh pihak JDT sebelum ini, rujukan kepada Majlis Sukan Negeri Johor dan saluran berkaitan kerajaan dalam penyata kewangan merupakan prosedur pentadbiran biasa dalam ekosistem penajaan sukan di Malaysia.

Beliau berkata banyak penajaan daripada syarikat swasta disalurkan melalui Majlis Sukan bagi tujuan tadbir urus serta pelepasan cukai.

“Angka yang dipetik oleh pihak tertentu tidak boleh disamakan sebagai pembiayaan langsung kerajaan terhadap operasi kelab,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 Mac.

Datuk Onn Hafiz berkata sebarang geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan pula adalah khusus untuk pembangunan sukan akar umbi di negeri itu.

Menurutnya, dana tersebut digunakan bagi program pembangunan bola sepak belia, penganjuran kejohanan di peringkat daerah serta pengukuhan ekosistem bola sepak negeri melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PNBJ) dan persatuan daerah.

Beliau menegaskan dana berkenaan tidak disalurkan untuk tujuan operasi pasukan profesional JDT.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dalam menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan atau kesimpulan.

Jelasnya, penyebaran maklumat tidak tepat bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat malah berpotensi menjejaskan usaha berterusan untuk membangunkan ekosistem sukan yang sihat dan profesional di Johor.

Sementara itu, Berita Harian Malaysia melaporkan, pemilik pasukan JDT, Tunku Mahkota Ismail dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan yang dilemparkan sebagai tindakan terdesak memburukkan pasukan itu.

“Terlalu terdesak. Memang memalukan. Mereka tidak mampu bersaing, jadi mereka cuba sedaya upaya mencari pelbagai cara lain untuk memburukkan Kelab Bola Sepak Johor kami. Cuba lagi!” kata Tunku Mahkota Ismail.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg