Johor pastikan sistem eGate di CIQ beroperasi lancar sempena Aidilfitri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor pastikan sistem eGate di CIQ beroperasi lancar sempena Aidilfitri

Mar 16, 2026 | 1:55 PM

Johor pastikan sistem eGate di CIQ beroperasi lancar sempena Aidilfitri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
johor, egate, ciq, Mohamad Fazli Mohamad Salleh
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh. - Foto fail

MUAR (Johor): Kerajaan Johor berazam memastikan sistem eGate di sempadan beroperasi lancar sepanjang Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kemudahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) akan diselenggara rapi bagi mengelak sebarang gangguan.

Beliau menyatakan sistem eGate di kedua-dua CIQ semakin cekap, bersedia mengendalikan pertambahan pengunjung sepanjang musim perayaan, lapor The Star.

“Pada Hari Raya ini, kita pastikan kawalan sempadan optimum untuk mengurus kesesakan. Selain eGate, hampir semua kaunter akan dibuka. Ini tumpuan utama Op Raya di kedua-dua CIQ.

“Operasi dari 14 hingga 28 Mac ini melibatkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, demi kelancaran dan kawalan trafik sempadan,” katanya selepas merasmikan Program Jualan Johor Kasih di Dewan Komuniti Bukit Pasir pada 15 Mac.

Encik Mohamad Fazli, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir, turut berkata selain fokus sempadan melalui Op Raya, kerajaan negeri bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memantau lokasi panas kesesakan lalu lintas serata negeri.

“Beberapa mesyuarat telah diadakan berhubung kemungkinan kesesakan Hari Raya, di pintu sempadan atau mahupun seluruh negeri, sementara operasi kawalan sempadan akan diteruskan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Encik Mohamad Fazli dalam kenyataan berasingan memaklumkan beliau meninjau persiapan CIQ bagi memastikan pergerakan keluar masuk negara berjalan lancar, terutamanya menjelang musim perayaan dengan peningkatan jumlah pengguna.

Tinjauan itu memberi fokus kepada laluan utama seperti laluan bas, kereta, motosikal, pejalan kaki, serta operasi kaunter pemeriksaan.

“Peninjauan ini penting untuk memastikan setiap komponen berfungsi sempurna, terutama saat jumlah pengunjung melonjak,” katanya.

Beliau turut meneliti pemasangan ‘chequered plate’ di laluan bas bagi membantu penumpang mengenal pasti barisan bas yang berhenti dengan lebih jelas.

Kemudahan itu juga menyediakan ruang pejalan kaki khusus, memudahkan pergerakan pengunjung pada waktu sibuk.

Encik Mohamad Fazli menegaskan penambahbaikan ini mustahak untuk memastikan aliran pergerakan penumpang di CIQ lebih tersusun, selamat dan efisien.

“Langkah ini sangat penting, terutamanya musim perayaan yang menyaksikan peningkatan ketara jumlah pengguna di CIQ,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg