SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Johor perlu perkukuh dasar ekonomi elak aliran keluar tenaga mahir

Johor perlu perkukuh dasar ekonomi elak aliran keluar tenaga mahir

Kerajaan negeri disaran perhalusi strategi gaji, insentif cukai bagi kekal bakat tempatan
Apr 13, 2026 | 2:37 PM

Johor perlu perkukuh dasar ekonomi elak aliran keluar tenaga mahir

Jetco, Hasni Mohammad, Johor Bahru, RTS Link
Pengerusi Eksekutif Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Budaya Johor di Singapura (Jetco), Datuk Hasni Mohammad. - Foto FACEBOOK HASNI MOHAMMAD

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor perlu memperhalusi strategi ekonomi rentas sempadan serta memperkukuh kejelasan dasar bagi menangani cabaran aliran keluar tenaga kerja mahir menjelang permulaan operasi RTS Link pada awal 2027.

Pengerusi Eksekutif Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Budaya Johor di Singapura (Jetco), Datuk Hasni Mohammad, berkata kemudahan itu yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bakal meningkatkan mobiliti pekerja rentas sempadan, sekali gus mempercepatkan aliran keluar tenaga mahir dari negeri itu ke Singapura.

“Kalau dulu pekerja ini bangun 4 pagi dan perlu berdepan kesesakan merentasi Tambak Johor sama ada naik bas atau motosikal, namun dengan RTS Link, pergerakan menjadi lebih mudah dan ini boleh mendorong lebih ramai tenaga mahir memilih untuk bekerja di Singapura,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jetco di Singapura, yang melibatkan wakil kedutaan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Pada masa ini, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik menyeberangi Tambak Johor setiap hari untuk bekerja di Singapura, lapor Berita Harian Malaysia.

Projek RTS Link yang dijangka beroperasi Januari 2027 mampu membawa sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap hala, menghubungkan Bukit Chagar di Johor dan Woodlands North di Singapura dalam tempoh kira-kira lima minit.

Selain itu, Datuk Hasni yang juga Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Johor, berkata kerajaan negeri perlu menilai semula daya tarikan gaji permulaan sekitar RM4,000 ($1,286) hingga RM5,000, selain mempertimbangkan insentif tambahan bagi mengekalkan bakat tempatan.

Beliau mencadangkan insentif seperti kadar cukai lebih rendah atau pengecualian cukai sementara bagi pekerja berkemahiran tinggi di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi meningkatkan kuasa beli serta daya saing tenaga kerja tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan mempercepatkan proses kelulusan kemudahan bagi projek pelaburan, yang kini mengambil masa antara dua hingga tiga bulan khususnya bagi permohonan utiliti.

“Nak dapatkan kelulusan bekalan utiliti seperti air dan elektrik pun ambil masa dan melambatkan proses maka pelabur akan persoal ada tak kaedah percepatkan proses,” katanya.

Beliau berkata peningkatan kos hartanah, ketidaktentuan dasar seperti kemungkinan perubahan gaji minimum serta kekurangan tenaga kerja mahir turut menjadi kebimbangan pelabur asing.

Pada masa sama, Datuk Hasni menegaskan keperluan menilai semula kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura bagi memastikan manfaat pelaburan lebih seimbang, khususnya dalam menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.

“Johor tidak seharusnya hanya menjadi destinasi bagi aktiviti bernilai rendah, sebaliknya perlu fokus kepada sektor berimpak tinggi,” katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg