Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kabinet baru Kerajaan Perpaduan mula tugas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kabinet baru Kerajaan Perpaduan mula tugas

Dec 13, 2023 | 03:47 PM



PUTRAJAYA: Kabinet Kerajaan Perpaduan baru mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya pada pagi 13 Disember, dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, itu bermula 9.30 pagi yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua barisan menteri baru, susulan rombakan Kabinet kerajaan pada 12 Disember.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof tidak bersama kerana sedang menunaikan umrah.

Menurut Berita Harian Malaysia (BHM), difahamkan dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri turut menyampaikan amanat serta taklimat berhubung perjalanan, peraturan dan hala tuju Kerajaan Perpaduan pimpinannya.


Menerusi gambar yang dikongsikan Pejabat Perdana Menteri, semua menteri turut beramah mesra antara satu sama lain, terutama bersama menteri yang baru dilantik.

Semua menteri serta timbalan menteri yang baru juga memulakan tugas rasmi di kementerian masing-masing dengan menghadiri sesi ‘clock in’, selain majlis serah terima tugas pada 13 Disember.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid juga mengharapkan wakil Barisan Nasional (BN) dapat mewujudkan kolaborasi berkesan dalam kalangan anggota Kabinet baru Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi BN, berkata kolaborasi berkesan, kesefahaman yang jitu dan kerjasama baik antara wakil BN dengan ahli Kabinet lain penting dalam usaha memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara.

“Awal pagi tadi sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet, saya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan BN yang ditaklifkan amanah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

“Saya berharap semua yang telah diberikan tanggungjawab ini dapat mewujudkan kolaborasi efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama baik untuk memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara,” katanya melalui Facebook rasmi beliau.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang kembali mengemudi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memulakan tugas rasmi pada 13 Disember dengan tekad untuk melaksanakan agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh.

Beliau berkata usaha transformasi berkenaan akan dijayakan bersama-sama timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni dan pasukan KKM yang diketuai Ketua Setiausaha, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

“Insya-Allah bersama pasukan ini, saya akan galas tanggungjawab besar, amanah berat ini,” kata Datuk Dr Dzulkefly kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi KKM pada 8 pagi, 13 Disember, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu.

Pada 12 Disember, Datuk Anwar mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan dengan menyaksikan beberapa nama bertukar portfolio, di samping kehadiran wajah baru dalam Kabinet kerajaan.

Rombakan Kabinet yang diumumkan selepas setahun pentadbiran Kerajaan Madani itu menyaksikan jumlah keseluruhan anggotanya meningkat dari 55 kepada 60 orang. Ia bagaimanapun lebih rendah berbanding 70 orang barisan Kabinet pada pentadbiran kerajaan terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >