Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kampung’ pelarian Rohingya di M’sia meningkat

Jan 22, 2024 | 1:20 PM
TAK PATUH UNDANG-UNDANG: Sebilangan  masyarakat Rohingya di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, tidak peduli undang-undang dan dengan berani mengubah suai motosikal untuk memudahkan urusan. 
TAK PATUH UNDANG-UNDANG: Sebilangan masyarakat Rohingya di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, tidak peduli undang-undang dan dengan berani mengubah suai motosikal untuk memudahkan urusan.  - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Jumlah masyarakat Rohingya yang meningkat di Malaysia sehingga membentuk koloni pelarian itu di banyak lokasi seluruh negara memerlukan tindakan segera kerajaan bagi menanganinya.

Sekurang-kurangnya empat perkampungan di dua negeri dikuasai mereka iaitu Johor dan Kelantan, dengan kebanyakannya menyara hidup sebagai petani, buruh atau pengutip besi buruk, malah dikesan memiliki perniagaan sendiri seperti kedai runcit, selain menjadi pembekal barangan keperluan harian atau subkontraktor.

Kehadiran mereka di sesuatu kawasan atau kampung juga ibarat ‘magnet’ apabila menarik warga asing lain, termasuk Bangladesh dan Myanmar.

Berikutan itu, kerajaan digesa segera mewujudkan mekanisme atau dasar jelas bagi menangani isu dan jumlah pelarian masyarakat Rohingya yang semakin meningkat di negara itu.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli, berkata setakat ini Malaysia masih belum mempunyai mekanisme atau dasar terhadap pelarian sama ada pada peringkat antarabangsa mahupun nasional.

Beliau berkata mekanisme atau dasar itu perlu mengandungi cara bagaimana menguruskan status dan kebajikan pelarian Rohingya yang berada di negara ini.

“Sekiranya kerajaan terus memandang remeh dan tidak menghiraukan perkara berkenaan, isu pelarian Rohingya dalam negara ini tidak akan selesai dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada rakyat termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial serta ekonomi,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Profesor Mohd Yazid berkata kerajaan juga perlu melihat kemampuan ekonomi negara yang terhad ketika ini jika benar-benar mahu membawa masuk pelarian berkenaan ke Malaysia.

Di Johor, Kampung Telok Serdang, di Perling didiami kira-kira 300 Rohingya, manakala lebih 1,200 tinggal di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Di Kelantan pula, lebih 200 pendatang Rohingya mendiami Kampung Kubang Tin dan lebih 150 di Kampung Melor Lama.

Selain membuka dan melebarkan perniagaan, rata-rata penduduk bimbang pertambahan warga asing ini mencetuskan pelbagai masalah dari segi sosial serta risiko jenayah.

Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir, pula berkata kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan isu lambakan pelarian Rohingya yang mewujudkan koloni di banyak lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, lambakan etnik Rohingya itu juga berlaku disebabkan perasaan simpati rakyat tempatan terhadap golongan berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg