Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kanak-kanak 4 tahun maut dihempap pokok tumbang di pusat rekreasi di Negeri Sembilan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kanak-kanak 4 tahun maut dihempap pokok tumbang di pusat rekreasi di Negeri Sembilan

Feb 21, 2024 | 12:48 PM



JEMPOL (Negeri Sembilan): Kegembiraan sebuah keluarga mandi-manda di pusat rekreasi di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, bertukar duka selepas kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dihempap pokok yang tumbang.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari 20 Februari itu, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, yang juga kakak mangsa, turut mengalami kecederaan.

“Siasatan awal polis berdasarkan keterangan bapa mangsa, kedua-dua anaknya dibawa ke pusat rekreasi itu untuk mandi-manda.

“Mangsa pada awalnya mandi di kolam kanak-kanak, namun ketika berjalan menuju ke bapanya yang berada berhampiran di kawasan itu, sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap kededua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Encik Hoo berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala manakala kakaknya dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi pihak polis.

Sementara itu di Pasir Puteh, Kelantan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan motosikal lain di Kilometer 34 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Pasir Puteh, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal dan melanggar bahagian belakang motosikal lain yang berada di hadapannya.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya lapor BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >