Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Trafik lebuh raya lancar, warga kota pulang Raya awal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Trafik lebuh raya lancar, warga kota pulang Raya awal

Apr 09, 2024 | 02:16 PM



KUALA LUMPUR: Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur yang lazimnya sesak dengan kenderaan di jalanan tanpa mengira waktu, mula lengang pada 9 April, selepas sebahagian besar warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.


Meskipun kerajaan Malaysia memberi ‘hadiah’ tol percuma untuk meringankan bebanan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan Syawal pada 8 dan 9 April, jalan raya lengang berikutan sudah ramai pulang lebih awal sejak 4 dan 5 April.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal sejak pagi 9 April.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).

Menurutnya, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar, lapor Berita Harian Malaysia.


Bagaimanapun, bagi mereka yang pulang ke kampung dengan menaiki pengangkutan awam, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, iaitu antara hab pengangkutan awam utama di Lembah Klang, dipenuhi orang ramai.

Berdasarkan laporan Harian Metro, suasana di terminal berkenaan masih sesak, namun terkawal dan urusan kemasukan penumpang juga berjalan lancar.


Tiga beradik yang ditemui memberitahu mereka memilih menaiki bas untuk balik ke kampung halaman di Selama, Perak, pada saat akhir kerana tuntutan kerja.

Cik Nur Hafiza Ariffin, 24 tahun, berkata beliau bersama kakak Cik Nur Shahira, 26 tahun; dan adik lelaki Encik Mohammad Aiman Ariff, 22 tahun, sepakat bercuti pada 8 April untuk pulang beraya bersama.

“Kami baru saja mencari tiket bas secara atas talian pada minggu lalu dan Alhamdulillah masih ada. Jadi kami pilih untuk balik selepas bekerja pada petang 8 April.

“Walaupun ramai yang sudah memulakan perjalanan pulang kampung sejak beberapa hari lalu, tapi saya lihat masih ada ramai lagi yang akan menaiki bas hari ini.


“Setiap tahun saya memang akan balik kampung menaiki bas kerana cepat dan selesa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >