Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kastam M’sia rampas dadah RM12.54j di KLIA

Mar 27, 2024 | 12:26 PM
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad (tengah), menunjukkan dadah seberat 380 kilogram bernilai hampir RM12.54 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad (tengah), menunjukkan dadah seberat 380 kilogram bernilai hampir RM12.54 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto HARIAN METRO

NILAI (Negeri Sembilan): Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan merampas methaphetamine seberat 380 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM12.54 juta ($3.57 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata dadah itu dipercayai dari wilayah Segi Tiga Emas (Thailand, Laos, Myanmar) dan sedang menuju ke Sydney, Australia.

Menurutnya, modus operandi sindiket pengedaran dadah berkenaan ialah menyalahgunakan maklumat syarikat pengeluar cakera keras dan mengisytiharkannya sebagai cakera keras magnetik untuk mengeksport bahan terlarang itu ke luar negara.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita satu pallet mengandungi 40 kotak di Kompleks Kargo Udara KLIA kira-kira 7.30 malam pada 20 Mac lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati 32 kotak itu mengandungi bungkusan teh herba Cina berisi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis methaphetamine dengan berat kasar 380 kg dianggarkan bernilai RM12.54 juta,” katanya lapor Harian Metro.

Menurut Datuk Sazali, siasatan awal mendapati ia dihantar dari Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 18 Mac lalu ke Kompleks Kargo Udara KLIA.

“Ia dihantar ke KLIA menerusi laluan darat menggunakan lori dan tiba pada 19 Mac lalu. Ia dipercayai akan dieksport ke Sydney menggunakan laluan udara.

“Ia diisytiharkan sebagai cakera keras magnetik. Maklumat pengeksport dagangan memang wujud iaitu syarikat pembuat cakera keras di Kulim, Kedah, disyaki disalahguna pihak sindiket ini,” katanya.

Datuk Sazali berkata terdapat cop biru berbentuk kristal dan kod bar pada bungkusan berkenaan, namun tidak diketahui fungsinya.

Sementara itu dalam kes berasingan di Georgetown, Pulau Pinang, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Nibong Tebal yang dijadikan tempat penyimpanan dadah jenis syabu pada 26 Mac.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata seorang penganggur lelaki berusia 51 tahun dengan 11 rekod jenayah lampau ditahan di beranda sebelum polis menemui sejumlah dadah di kediaman terbabit.

Katanya, keseluruhan dadah yang ditemui dalam 17 bungkusan teh dirampas dianggar bernilai RM571,500 dan boleh digunakan 87,000 penagih jika dipasarkan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg