Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kastam M’sia rampas kurma disyaki produk Israel

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kastam M’sia rampas kurma disyaki produk Israel

Mar 14, 2024 | 02:31 PM



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya beragama Islam yang giat dengan kempen boikot rangkaian produk dari Israel, dikejutkan dengan laporan mengenai penjualan kurma dari negara itu di pasaran tempatan.


Ia susulan rampasan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ dipercayai dari Israel, dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Klang, Selangor, pada 13 Mac.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati menjual dan memasarkan produk kurma dari Israel ke Malaysia.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata rampasan itu membabitkan pek kurma seberat 14.6 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM678 ($192.9).

Beliau berkata serbuan pada 11.30 pagi itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah II Selangor susulan video tular dalam media sosial mendakwa terdapat sebuah premis menjual kurma disyaki produk dari Israel.

“Hasil pemeriksaan ke atas gudang itu menemukan 73 pek kurma dilabelkan ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ yang disyaki produk dari Israel. Dalam serbuan ini juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan.

“Sebarang produk dari Israel ke Malaysia perlu mendapat permit khas daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri,” katanya.

Selain gudang itu, Datuk Sazali berkata serbuan turut dilakukan di dua lokasi lain membabitkan sebuah pejabat di Klang dan sebuah kedai menjual makanan organik di Petaling Jaya, Selangor.

Datuk Sazali berkata hasil semakan JKDM mendapati kurma terbabit dibawa masuk secara pukal bersama barang makanan lain dari negara Eropah pada 2022 dan diisytiharkan sebagai ‘Food Stuff’ (bahan makanan).

“Ia kemudian dibungkus semula untuk dijual dalam pasaran tempatan pada harga sekitar RM20 hingga RM30 setiap pek,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >