Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masyarakat Islam S’pura mula berpuasa Selasa, 12 Mac: Mufti

Mar 10, 2024 | 7:28 PM
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan masyarakat Islam Singapura akan mula berpuasa pada 12 Mac.
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan masyarakat Islam Singapura akan mula berpuasa pada 12 Mac. - Foto MUIS

Masyarakat Islam Singapura akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac, setelah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan untuk tahun 1445 Hijrah jatuh pada hari tersebut.

Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam pada petang 10 Mac kerana ia terlalu kecil dan tidak mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, kata Mufti.

“Ini bererti esok (11 Mac) ialah hari pencukup bulan Syaaban sebanyak 30 hari. Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan pada tahun 1445H jatuh pada lusa, Selasa bersamaan 12 Mac 2024,” kata Mufti dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama islam Singapura (Muis) pada 10 Mac.

Dr Nazirudin menyeru umat Islam supaya memenuhi kewajipan berpuasa dan beribadat dengan penuh penghayatan dan keihsanan.

“Semoga Allah swt mengurniakan kita kekuatan rohani dan jasmani untuk menghidupkan dan memuliakan bulan ini dengan sebaik-baiknya.” kata beliau.

Negara jiran, Malaysia, Brunei dan Indonesia, kecuali Muhammadiyah Indonesia, juga telah mengumumkan mulanya berpuasa pada 12 Mac.

Muhammadiyah Indonesia telah menetapkan 1 Ramadan jatuh pada Isnin, 11 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg