Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kaunter imigresen ditutup kerana pertukaran syif pekerja, tiada kesesakan luar biasa di Tambak Johor’

Mar 27, 2024 | 12:48 PM
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai kecekapan operasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai kecekapan operasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ GHAZI

JOHOR BAHRU: Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menafikan berlaku kesesakan luar biasa di pintu keluar masuk Tambak Johor, pada 25 Mac.

Presiden KPISM, Encik Ajeet Singh Gurbax Singh, berkata sebaliknya apa yang berlaku adalah pertukaran syif kakitangan imigresen di antara pegawai syif baru dan sedang dalam giliran untuk rehat, selepas waktu sibuk.

Namun katanya, kesatuan berkenaan amat menyanjung tinggi dan menghargai tindakan proaktif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang sering turun padang dan melawat pintu masuk laluan darat membabitkan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Lawatan Menteri Besar ke BSI Ahad lalu (24 Mac) dilakukan pada 11.20 pagi, di luar waktu sibuk. Waktu sibuk di pintu masuk BSI dan KSAB adalah dari 4 pagi sehingga 9 pagi dan dari 5 petang sehingga 9 malam.

“Dalam lawatan itu, Menteri Besar mendapati sebilangan kaunter ditutup sebelum menyatakan kekecewaan apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan berlaku kesesakan.

“KPISM dimaklumkan pada ketika itu, pegawai sedang dalam giliran untuk rehat selepas waktu sibuk sebelum digantikan pegawai syif baru dan ada pegawai yang perlu melaksanakan urusan pentadbiran yang kebiasaannya dilakukan pada luar masa sibuk.

“KPISM melihat perkara itu adalah rutin biasa pertukaran syif kakitangan di luar waktu sibuk dan tiada kesesakan yang luar biasa atau di luar kawalan yang berlaku disebabkan pertukaran syif itu,” katanya menerusi kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Datuk Onn Hafiz dilaporkan kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor, tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan ketika melakukan tinjauan pada 24 Mac.

Beliau dilaporkan berkata perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di CIQ BSI itu dilihat masih belum berada pada kecekapan penuh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg