Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Keadaan banjir di Malaysia terus tambah baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Keadaan banjir di Malaysia terus tambah baik

Jan 03, 2024 | 04:13 PM



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Malaysia terus bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir yang dicatatkan di Kelantan, Pahang dan Johor sama ada stabil atau telah menurun.


Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan tidak berubah setakat 12 tengah hari pada 3 Januari, melibatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), bilangan mangsa di Pahang pula menurun kepada tujuh orang daripada dua keluarga, berbanding 10 mangsa daripada tiga keluarga yang berada di PPS Temerloh pada sebelah pagi.

Dilaporkan, situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya apabila 23 mangsa yang berlindung di satu PPS di Segamat, telah pulang ke kediaman masing-masing.

Media melaporkan, sejak 30 Disember, keadaan banjir di Malaysia bertambah baik. Pada hari tersebut, jumlah mangsa banjir di empat negeri mencatatkan sedikit penurunan dengan 14,388 orang ditempatkan di 55 PPS pada tengah hari, berbanding 16,118 orang di 70 PPS pada pagi hari tersebut.

Pada 30 Disember, Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 13,529 orang yang ditempatkan di 38 PPS di empat daerah.

Di Terengganu, jumlah mangsa berkurangan kepada 659 orang daripada 181 keluarga yang berlindung di sembilan PPS di dua daerah iaitu Dungun dan Kuala Terengganu.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor dan Sungai Arau, Perlis.

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli dan Jalan Kota Tinggi-Kluang di Johor.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan setakat 10 pagi pada 3 Januari, 18 lokasi bencana dikesan melibatkan enam jalan Persekutuan dan 12 jalan negeri.

Daripada jumlah itu, bencana yang direkodkan melibatkan banjir di enam lokasi, cerun runtuh (lima), jalan runtuh (empat), jambatan rosak atau runtuh (tiga).

Negeri yang terlibat dengan bencana itu ialah Pahang membabitkan tiga daerah, dua daerah masing-masing di Kelantan, Perak dan Kedah serta satu daerah dilaporkan di Terengganu dan juga Selangor. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >