Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Banjir termenung’ buat penduduk resah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ada persiapan untuk kembali ke sesi persekolahan pada 2 Jan musnah ditenggelami banjir

‘Banjir termenung’ buat penduduk resah

Dec 29, 2023 | 04:36 PM



TUMPAT (Kelantan): Walaupun cuaca semakin baik, banjir di beberapa kawasan perkampungan di Kelantan belum pulih, berikutan air masih bertakung dan banyak kediaman ditenggelami banjir.

Situasi itu yang dipanggil sebagai banjir termenung menjejas sekurang-kurangnya 10 kampung di Tumpat, Kelantan, apabila kebanyakan kawasan seperti lautan dan banjir hanya surut sekitar 0.4 meter (m) setakat ini.

Malah, 15 kawasan di Pasir Mas pula masih bergelap berikutan bekalan elektrik masih ditutup oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana faktor keadaan setempat dan kesukaran akses ke kawasan terbabit.

Tinjauan Berita Harian Malaysia (BHM) di sekitar Kampung Kajang Sebidang, Kubang Sawa dan Bendang Pak Yong, Tumpat, mendapati kawasan di kampung berkenaan seperti lautan dan kebanyakan kediaman masih lagi ditenggelami air.


Menurut penduduk Kampung Kajang Sebidang, Encik Zu Mohamad, 51 tahun, air mulai melimpah sejak 25 Disember lalu dan setakat 29 Disember mencecah 1.2m di luar rumahnya.

“Berbanding semalam (28 Disember), air hanya surut sedikit sahaja dan memang sangat perlahan kerana tiada saliran untuk mengalirkannya ke sungai.

“Keadaan banjir termenung begini memang sudah biasa dialami dan tempoh air surut sepenuhnya memakan masa sehingga dua minggu,” katanya lapor BHM.

Beberapa kampung lain yang turut mengalami banjir termenung adalah Kuala Jambu, Naga Ibu, Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong, Jejulok, Derdap, Palas Merah dan Teluk Jering, Tumpat.

Setakat 3 petang 29 Disember, seramai 20,129 mangsa membabitkan 6,520 keluarga masih berada di 82 pusat pemindahan sementara di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Pusat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, jumlah mangsa di Kelantan menurun kepada 17,950 daripada 5,987 keluarga; 1,823 mangsa daripada 470 keluarga di Terengganu, manakala Pahang kekal dengan 214 mangsa daripada 61 keluarga dan Johor menurun kepada 55 mangsa daripada 15 keluarga.

Situasi banjir termenung itu juga meresahkan ibu bapa berikutan sesi persekolahan akan kembali bermula 2 Januari 2024, iaitu hanya tiga hari lagi.

Bagi Encik Mohd Shamsul Wahid, 38 tahun, kediamannya di Kampung Serongga, Pasir Mas, dinaiki banjir lebih dua meter sejak 25 Disember lalu.

“Ini kejadian banjir kali ketiga dialami sejak November 2023, habis semua barangan rosak. Untuk sesi persekolahan 2024, saya belum beli apa-apa lagi.

“Pakaian atau peralatan persekolahan lama anak-anak sepatutnya boleh diguna semula, tetapi semua rosak akibat banjir,” katanya lapor BHM.

Katanya, beliau mempunyai dua anak perempuan masing-masing akan memulakan sesi persekolahan Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang dan tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang.

Dalam pada itu, pelanggan Malayan Banking Bhd (Maybank) yang menjadi mangsa banjir boleh menarik nafas lega, apabila bank berkenaan menawarkan bantuan banjir untuk meringankan beban kewangan.

Dalam satu kenyataan pada 29 Disember, Maybank berkata bentuk bantuan berkenaan membolehkan pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir menangguhkan pembayaran pembiayaan atau pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >