Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran saluran gas: Bantuan RM5,000 kepada mangsa

Apr 2, 2025 | 2:18 PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), mendengar penerangan daripada pihak berkuasa ketika meninjau tapak kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di pusat operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Taman Putra Harmoni.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), mendengar penerangan daripada pihak berkuasa ketika meninjau tapak kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di pusat operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Taman Putra Harmoni. - Foto BERNAMA

SUBANG JAYA: Kerajaan Malaysia dan Petronas menyalurkan bantuan segera RM5,000 ($1,510) kepada pemilik kediaman yang rosak teruk akibat kebakaran besar saluran paip aluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, pada pagi 1 April.

Bantuan RM2,500 pula diberikan kepada mereka yang mengalami kesan kurang serius.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan terbabit adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat kejadian berkenaan.

“Untuk langkah segera dalam satu atau dua hari ini, Petronas, dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan, akan lihat keperluan menambah (bantuan), bagi rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera.

“Ini supaya mereka dapat belanja sementara, dan yang mana (sedikit) terkesan itu, (bantuan) itu RM2,500,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau tapak kejadian kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Heights pada 1 April.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sehingga petang 1 April, sebanyak 190 unit rumah, 159 pelbagai kenderaan dilaporkan rosak dalam kebakaran itu.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata tanggungjawab memulihkan kawasan perumahan berkenaan akan diambil sepenuhnya oleh kerajaan bersama Petronas dan kerajaan negeri Selangor.

Menurutnya, buat masa ini, Petronas dengan jentera kerajaan sedang berbincang bagaimana untuk mengambil tindakan segera dan munasabah.

“Keutamaan kita sekarang ialah keselamatan dan setakat ini terkawal, sebab itu saya pilih untuk pergi sendiri ke tempat terbabit (tapak kebakaran),” katanya.

Mengenai punca kebakaran itu, Datuk Anwar berkata pihak berkuasa memerlukan sedikit masa bagi menjalankan siasatan rapi.

“Terima kasih kerana seluruh jentera bertindak cepat dan laporan daripada polis diberi dengan segera dan saya harap (penduduk) jangan bimbang, cuma mengambil masa sedikit.

“Seperti yang saya tegaskan, tak boleh selesai dalam dua bulan tapi percayalah, saya akan gerakkan seluruh jentera kerajaan untuk mengambil tindakan segera.

“Mengenai tindakan terperinci, tentunya saya minta semua jentera kerajaan termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan segera untuk memberikan cadangan dan wakil penduduk diundang untuk berbincang bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Anwar merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam menyediakan pusat perlindungan sementara serta tempat untuk mangsa berlindung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg