NEA: Angin semasa mungkin bawa jerebu ke S’pura, PSI 24 jam kekal pada paras normal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NEA: Angin semasa mungkin bawa jerebu ke S’pura, PSI 24 jam kekal pada paras normal

Jan 27, 2026 | 9:25 PM

NEA: Angin semasa mungkin bawa jerebu ke S’pura, PSI 24 jam kekal pada paras normal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Angin semasa dari arah utara dan timur laut boleh membawa jerebu asap daripada sebarang kebakaran yang berterusan ke arah Singapura. Namun, PSI 24 jam masih pada paras normal.
Angin semasa dari arah utara dan timur laut boleh membawa jerebu asap daripada sebarang kebakaran yang berterusan ke arah Singapura. Namun, PSI 24 jam masih pada paras normal. - Foto Zaobao

Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam kekal berada dalam paras baik hingga sederhana.

Namun, angin semasa mungkin menyebabkan keadaan berjerebu di Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Dalam satu hantaran Facebook pada 27 Januari, NEA berkata ia tidak dapat mengesan titik panas akibat litupan awan tebal yang menghalang pandangan satelit di utara Singapura.

“Namun, dengan cuaca kering yang dijangkakan, angin semasa dari arah utara dan timur laut boleh membawa jerebu asap daripada sebarang kebakaran yang berterusan ke arah Singapura,” tambah NEA.

Bacaan PSI 24 jam di Singapura sekitar jam 7.30 malam adalah antara 39 di wilayah utara dengan 60 di timur, menurut laman web NEA.

Kualiti udara ditakrifkan sebagai baik apabila bacaan PSI berada antara sifar dengan 50, dan sederhana apabila nilainya antara 51 hingga 100.

Paras PM2.5 satu jam di seluruh Singapura juga berada pada tahap normal, dengan bacaan tertinggi 23 di bahagian selatan pulau itu.

Kualiti udara dianggap normal jika bacaan PM2.5 berada dalam julat sifar hingga 55, dan meningkat jika paras PM2.5 adalah antara 56 dengan 150.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg