NEA pantau rapi jerebu susulan bau bakar ketara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NEA pantau rapi jerebu susulan bau bakar ketara

Jan 27, 2026 | 4:23 PM

NEA pantau rapi jerebu susulan bau bakar ketara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
NEA, jerebu, titik panas
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sebelum ini memaklumkan pihaknya telah mengesan “titik panas dan kepulan asap di Johor” berhampiran Singapura. - Foto ST

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pihaknya sedang memantau keadaan jerebu secara rapi selepas bau pembakaran dikesan di beberapa kawasan di Singapura pada malam 26 Januari.

Dalam satu catatan Facebook sekitar 10.30 malam, NEA memaklumkan titik panas terus dikesan di Malaysia di utara Singapura, berpunca daripada kebakaran hutan.

Agensi itu sebelum ini turut mengesahkan pihaknya telah mengesan satu titik panas serta kepulan asap di Johor yang berhampiran Singapura.

Menurut NEA dalam catatannya pada 26 Januari, angin semasa bertiup dari arah utara atau timur laut, menyebabkan sebahagian jerebu asap berkemungkinan dibawa masuk ke Singapura.

Bagaimanapun, NEA menjelaskan walaupun bau pembakaran mungkin dapat dihidu, keadaan ini tidak semestinya menunjukkan perubahan ketara pada bacaan mutu udara.

Setakat 10 malam, Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada dalam julat 43 hingga 56, yang dikategorikan sebagai baik hingga sederhana, menurut NEA.

Bagi paras PM2.5 pula, bacaan di kawasan tengah Singapura mencatat paras 56 sekitar 11 malam, manakala bacaan di bahagian timur Singapura adalah 55, berdasarkan data di laman web NEA.

Bacaan PM2.5 bermakna wujudnya zarah halus di udara yang boleh menjejas kesihatan pernafasan.

Mutu udara dianggap normal sekiranya bacaan PM2.5 berada antara sifar dengan 55.

Paras PM2.5 antara 151 hingga 250 pula menunjukkan tahap zarah halus yang tinggi di udara.

Namun begitu, beberapa pengguna Facebook yang mengulas catatan NEA meluahkan kebimbangan terhadap mutu udara serta bau pembakaran.

Seorang pengguna yang tinggal di bahagian timur Singapura berkata bau tersebut menyebabkannya mengalami sakit kepala.

Pada 24 Januari, mutu udara di bahagian timur Singapura pernah meningkat ke tahap tidak sihat, dengan paras PM2.5 mencatat bacaan 162 sekitar 4.45 petang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai mutu udara melalui aplikasi myENV.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg