Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kedudukan M’sia dalam indeks rasuah dunia kian baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kedudukan M’sia dalam indeks rasuah dunia kian baik

Jan 30, 2024 | 05:12 PM



PETALING JAYA: Markah Malaysia dalam ranking rasuah dunia, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), semakin baik pada 2023 berbanding tiga tahun sebelumnya.


Mengumumkan perkara itu, presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, berkata negara itu mencapai 50 mata dalam Indeks Rasuah 2023, lebih baik berbanding 47 mata pada 2022, 48 mata pada 2021, dan 51 pada 2020.

“Ini adalah berita baik kerana ia menunjukkan bahawa kita telah pulih daripada trend menurun. Ia adalah peningkatan tiga mata berbanding mata CPI negara pada 2022, iaitu 47 mata.

“Ini memberi harapan bahawa kita akan kembali kepada mata lulus 50,” katanya semasa mengumumkan keputusan CPI 2023 dalam satu sidang media pada 30 Januari, lapor The Star.


Pada masa sama, beliau berkata kedudukan Malaysia dalam CPI juga menunjukkan peningkatan daripada tangga ke-61 pada 2022 kepada 57 pada 2023.

Menurut beliau, ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam tanggapan masyarakat terhadap usaha memerangi rasuah Malaysia.

Sejak 2019, mata yang dicapai Malaysia pada CPI berada pada trend menurun selepas mata tertinggi 53 di capai pada tahun tersebut.

CPI diukur dalam tempoh dua tahun, dan berdasarkan data yang dikumpul daripada 180 negara yang merangkumi tanggapan rasuah dalam sektor swasta.

CPI bagi 2023, bertemakan Rasuah dan Keadilan, meliputi tinjauan yang dilakukan antara 2022 dengan 2023.

CPI itu meliputi bukan rasuah sahaja, malah komitmen pemerintah, pendakwaan pegawai rasuah, birokrasi berlebihan dan perlindungan bagi pemberi maklumat.

Sementara itu, pengerusi Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Encik Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata tanggapan berkaitan rasuah akan bertambah baik sekiranya kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan pemisahan Jabatan Peguam Negara (AGC) daripada pejabat Pendakwa Raya (PP), yang akan menjadikan penguatkuasaan undang-undang lebih bebas.

Beliau menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan garis masa untuk melaksana pembaharuan penting pemisahan kuasa dua badan berkenaan, selain menggubal Akta Pembiayaan Politik.

“Keadaan semasa menunjukkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga semakin aktif dalam menguatkuasakan undang-undang, yang merupakan isyarat positif,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >