Topic followed successfully
Go to BHkuKejora telusuri model pembangunan pintar S’pura
Kejora telusuri model pembangunan pintar S’pura
Lawatan delegasi ke Daerah Digital Punggol, syarikat teknologi pertanian Archisen, buka ruang inovasi wilayah Johor Tenggara
Apr 14, 2026 | 4:12 PM
Kejora telusuri model pembangunan pintar S’pura
Pengurus Besar Kejora, Encik Mohd Gadaffie Abd Aziz (kanan), menyampaikan cenderamata kepada Penolong Ketua Pegawai Eksekutif JTC, Encik David Tan, dalam lawatan ke Daerah Digital Punggol. - Foto FACEBOOK LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
Delegasi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) menimba ilmu pembangunan pintar apabila mengadakan lawatan strategik ke JTC Corporation di Daerah Digital Punggol, Singapura, yang menjadi contoh daerah pintar bersepadu berasaskan teknologi dan ekonomi digital.
Lawatan yang diketuai Pengurus Besar Kejora, Encik Mohd Gadaffie Abd Aziz, memberi pendedahan langsung kepada model pembangunan yang menggabungkan perancangan guna tanah, strategi industri serta pembinaan ekosistem dalam satu pendekatan menyeluruh.
Laporan berkaitan
Hubungan Johor-S’pura diperkukuh melalui program diplomatikApr 10, 2026 | 3:23 PM
Apabila ombak jadi jambatan Johor-S’puraJan 5, 2026 | 5:30 AM

