Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kejutan hari lahir: Anak lelaki terharu dapat permainan konsol

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kejutan hari lahir: Anak lelaki terharu dapat permainan konsol

Mar 20, 2024 | 05:33 PM



JOHOR BAHRU: Kegirangan jelas terpancar pada wajah si anak apabila mendapat hadiah daripada ibu bapa.


Apa tidaknya, pemberian hadiah – tidak perlu mahal atau besar mana pun – merupakan salah satu cara ibu bapa dapat mencurahkan perhatian dan perhargaan kepada si anak.

Demikian apa yang dilakukan seorang ibu terhadap anak lelakinya sebagai sebahagian daripada hadiah hari lahirnya.

Dalam satu video yang dimuat naik @zilamohd di akaun TikTok pada 12 Mac, beliau dilihat memberikan hadiah itu dengan disalut kotak ‘tupperware’.







Video tersebut tular di media sosial dan setakat ini telah mendapat lebih satu juta tontonan.

Video itu merakam detik apabila si ibu memaklumkan anaknya hadiah itu berupa bekal untuk dibawa ke sekolah.

Dengan wajah penuh teruja, budak lelaki itu, yang difahamkan bernama Qausha menerusi respons di ruang komen dan bersekolah di salah satu sekolah agama di Johor, membuka kotak hadiah.

Alangkah terkejutnya apabila hadiah di dalam kotak itu merupakan permainan konsol atau komputer yang popular, FC24 – iaitu permainan bola sepak.


Dalam satu kenyataan media pada Oktober 2023 oleh Electronic Arts Inc. (EA), syarikat yang melancarkan dan menyelenggara FC24, terdapat lebih 11.3 pemain berdaftar dari seluruh dunia yang bermain permainan FC24.

Dia terus mendakap muka di sofa kerana tidak dapat menahan air mata keriangan. Dia lalu memeluk seorang lelaki dewasa, yang dipercayai ayahnya, sebagai tanda terima kasih.

Dalam hantarannya, pemilik akaun itu berkata: “Kami cakap kepadanya kami beri hadiah tupperware yang boleh dibawa bekal untuk ke sekolah.

“(Tetapi) ia sebenarnya bukan bekal sekolah tetapi permainan yang diidam-idamkannya. Selamat hari lahir abang, semoga menjadi anak yang soleh.”

Dalam video berasingan pada Februari, satu video anak lelaki yang menerima komputer riba turut tular.

Menurut laporan Berita Harian (BH) pada 4 Februari, dia menerima komputer riba jenama Lenovo dan pengawal peranti sebagai hadiah setelah mendapat dua anugerah – subjek terbaik bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan pelajar terbaik di sekolah agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >