Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kementerian Pelancongan M’sia, Lembaga Tabung Haji giatkan kempen kesedaran kekang penipuan pakej haji, umrah

Jun 28, 2025 | 11:17 AM
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mengekang isu penipuan pakej haji dan umrah terus berleluasa.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mengekang isu penipuan pakej haji dan umrah terus berleluasa. - Foto IMEJ JANAAN AI

TUMPAT: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mengekang isu penipuan pakej haji dan umrah terus berleluasa.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, berkata dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji, usaha itu diharapkan mampu menyelamatkan orang ramai daripada terpedaya dan terus menjadi mangsa penipuan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Kita akan laksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dengan pakej yang menipu ini.

“Kita dapati perkara ini (penipuan pakej haji dan umrah) berlaku setiap tahun.

“Jadi, kesedaran amat penting supaya masyarakat kita dapat kenal pasti (syarikat) mana yang benar dan yang mana lakukan penipuan,” katanya kepada pemberita pada 27 Jun.

Terdahulu, beliau merasmikan Festival Citrawarna Siam Malaysia Negeri Kelantan 2025 sempena majlis Junjungan Budi Katanyu Katad Wethi Siam Malaysia di Wat Machimmaram.

Menurut Shaharuddin, MOTAC tidak bertolak ansur dengan mana-mana syarikat mengendalikan urusan haji atau umrah yang dikesan terbabit dalam kegiatan penipuan.

Katanya lagi, tindakan pembatalan dan penggantungan lesen akan dikenakan sepertimana yang sudah dijalankan sebelum ini terhadap beberapa syarikat berkaitan.

“Ada beberapa kes kita sudah batalkan lesen (syarikat) mereka, malah ada juga digantung (lesen).

“Kita sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini (penipuan pakej haji dan umrah) supaya tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg