Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tipu haji: Pemilik madrasah ditahan, didakwa perdaya 47 jemaah warga emas

Jun 18, 2025 | 11:45 PM
Tipu haji, pemilik madrasah, jenayah komersial, Malaysia
Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya dengan tawaran menunaikan ibadah haji secara persendirian (DIY) tanpa melalui saluran sah. - Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya dengan tawaran menunaikan ibadah haji secara persendirian (DIY) tanpa melalui saluran sah.

Individu itu antara dua lelaki yang ditahan pihak polis bagi bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut, baru-baru ini, lapor laman Sinar Harian.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, berkata, siasatan mendapati suspek berusia 59 tahun itu dipercayai menerima pembayaran terus daripada jemaah menerusi akaun bank atas nama madrasah yang dikendalikannya.

“Siasatan turut mendapati tawaran menunaikan haji secara DIY tanpa melibatkan syarikat agensi tempatan.

“Setakat ini dua individu berusia 58 dan 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 22 laporan polis yang turut dibuat oleh ahli keluarga mangsa dan jemaah serta sembilan jemaah sudah dirakam percakapan manakala baki yang lain masih dalam tindakan,” katanya ketika dihubungi, pada 18 Jun.

Muhammed Hasbullah berkata pihak polis menasihatkan semua yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Siasatan juga mendapati kes ini tidak membabitkan mana-mana agensi pelancongan dan umrah tempatan.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan akan segera dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan perjalanan 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji bertukar mimpi ngeri apabila ditipu ejen haji tempatan dipercayai, membabitkan seorang agamawan terkenal.

Jemaah yang terpedaya dengan janji manis mendakwa dipaksa meredah laluan berbahaya dengan berjalan kaki tanpa dokumen untuk ke Makkah sebaik tiba di Jeddah, susulan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi terhadap jemaah yang tidak mempunyai visa haji.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg