Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kenyataan Anwar mengenai derma RM750j jadi teka-teki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kenyataan Anwar mengenai derma RM750j jadi teka-teki

Jan 10, 2024 | 02:19 PM



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninggalkan tanda tanya dalam satu kenyataan media pada 9 Januari, berhubung perkara yang disebutnya berkaitan derma RM500 juta ($143.28 juta) atau RM750 juta.

Dalam satu kenyataan media usai kelaziman menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, sebelum mesyuarat Kabinet pada 10 Januari, Datuk Anwar menyebut mengenai derma berkenaan tanpa berkongsi butiran lanjut mengenainya.

Ia menimbulkan tanda tanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan mengenai derma itu.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata Agong mengarahkan supaya beliau selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak Istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

“Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara. Daulat Tuanku!,” kata perenggan terakhir kenyataan itu yang mengundang pertanyaan ramai.

Susulan itu, ramai membuat andaian kenyataan berkenaan mungkin ada kaitan dengan spekulasi bertiup kencang mutakhir ini mengenai dakwaan pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan menerusi apa yang disebut sebagai Langkah Dubai.

Portal Free Malaysia Today (FMT) sebelum ini melaporkan kenyataan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen (AP) untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.


Dakwaan itu yang disiarkan satu blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang AP, telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada AP kerajaan agar menarik balik sokongan kepada Datuk Anwar.

Namun pada 10 Januari, Pejabat Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin) menerusi Setiausaha Sulit Kanannya, Encik Ahmad Ikhwan Fadhli, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, susulan dakwaan dan fitnah mengaitkan blok pembangkang dan pemimpinnya cuba merasuah Agong seperti tular di media sosial.


Encik Ahmad Ikhwan berkata laporan polis dibuat bagi membersihkan imej baik Ketua Pembangkang merangkap Setiausaha Agung PN itu yang terjejas kerana fitnah yang dilemparkan, selain menggesa kerajaan memburu pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah dan menghentikan sikap memilih apabila membisu terhadap fitnah yang mengaitkan Agong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >