Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis KL terima 8 laporan berhubung Langkah Dubai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis KL terima 8 laporan berhubung Langkah Dubai

Jan 09, 2024 | 03:14 PM



KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menerima lapan laporan daripada wakil parti politik, berhubung ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi, dan beliau menyatakan laporan itu dibuat di pelbagai lokasi, termasuk ibu pejabat polis daerah Putrajaya, Cheras dan Dang Wangi pada 8 Januari.

“Siasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Rahsia, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya, dipetik The Star.


Pegawai Tugas Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, Encik Mahathir Mohd Yunus, memberitahu pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah Cheras, bahawa Langkah Dubai itu jelas bertujuan mengganggu sistem demokrasi berparlimen, walaupun dengan kehadiran undang-undang antilompat parti.

Ketua Biro Undang-undang Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Asheeq Ali Sethi Alivi, yang membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, menggesa polis menyiasat mereka yang dikaitkan dengan tindakan itu, termasuk penulis blog kontroversial, Raja Petra Kamarudin.

“Negara kita memerlukan kestabilan politik untuk membina kemakmuran ekonomi bersama, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang mengancam kestabilan kerajaan sedia ada pada hari ini,” tegasnya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Penolong Pesuruhjaya Yusharifuddin Mohd Yusop, turut mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis berhubung perkara itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Pada 30 Disember lalu, timbalan ketua pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti, Datuk Ismail Yusop, dilaporkan mendakwa terdapat langkah untuk menggulingkan kerajaan dan dikatakan berlaku di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >