Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kenyataan Kit Siang ‘bukan Melayu boleh jadi PM’ cetus reaksi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kenyataan Kit Siang ‘bukan Melayu boleh jadi PM’ cetus reaksi

Dec 11, 2023 | 01:21 PM



ALOR SETAR: Kenyataan tokoh veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Tan Sri Lim Kit Siang, mencetuskan kontroversi menerusi kenyataan “tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri”, disifatkan tidak menghormati orang Melayu.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Hasmuni Hassan, berkata kenyataan veteran DAP itu menunjukkan sikap sebenar parti diwakilinya dan dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa di Malaysia.

“Beliau sepatutnya menghormati orang Melayu dan Umno yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nampaknya beliau tidak pernah belajar daripada sejarah, apatah lagi menghormati hubungan sesama rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ucapan ‘Impian Malaysia’ yang dibuat di Manchester sangat mengguris perasaan orang Melayu di tanah air.

“Beliau mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu untuk menjadi perdana menteri, dengan sinis juga menyebut Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat orang bukan Melayu menjadi perdana menteri,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia pada 10 Disember.


Tan Sri Lim pada 11 Disember, dalam kenyataannya, mengesahkan akan memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa beberapa hari lagi, berhubung kenyataannya yang menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, kenyataan berkaitan ‘Impian Malaysia’ itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia di Manchester pada akhir bulan November.

“Saya dituduh membuat kenyataan provokatif apabila saya menyatakan Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.

“Tiada niat sedemikian. Perlembagaan bukan dokumen provokatif, (ia) asas kepada kesatuan rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 8 Disember lalu, Tan Sri Lim berkata, polis sedang mencari beliau susulan kenyataannya di Manchester ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia, bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri

Impian berkenaan, katanya, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Beliau juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana bukan Melayu daripada menjadi perdana menteri dan berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi perdana menteri.

Datuk Hasmuni berkata kenyataan itu nyata mengguris perasaan orang Melayu dan adalah wajar bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dikecam dan orang Melayu berasa marah.

Katanya, Tan Sri Lim sepatutnya meletakkan keutamaan menghormati Kerajaan Perpaduan daripada cuba menjadi “perdana menteri”.

“Meskipun DAP berada dalam pakatan Kerajaan Perpaduan masa kini, beliau masih menunjukkan kebebalan,” kata Datuk Hasmuni yang turut mendakwa kenyataan itu juga menunjukkan sikap rasis DAP.

Beliau menambah bahawa dalam negara yang majoritinya orang Melayu, Tan Sri Lim amat tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan orang Melayu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >