Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerajaan M’sia komited perkasa undang-undang syariah dalam 8 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan M’sia komited perkasa undang-undang syariah dalam 8 bulan

Feb 19, 2024 | 01:25 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyatakan komitmen untuk menyelesaikan isu yang berbangkit membabitkan undang-undang jenayah syariah dalam tempoh lapan bulan, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan jenayah syariah Kelantan pada 9 Februari.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) juga mahu beberapa syor turut diberi penekanan.

Ia termasuk berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan kemungkinan kaedah meluaskan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam tempoh rangka kerja yang ditetapkan Perlembagaan menjelang akhir 2024.

Beliau berkata Sultan Selangor turut menyatakan supaya Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk Menggubal Undang-Undang Islam dan pengerusinya, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, berbuat demikian pada 2023.

“Sultan Selangor memberi mandat kepada jawatankuasa dan Tun Zaki untuk memuktamadkan segala-galanya dalam tempoh setahun tetapi saya mempunyai komitmen untuk menyelesaikan aku janji itu dalam tempoh tidak lebih dari lapan bulan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perasmian Karnival Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 18 Februari.

Datuk Mohd Na’im berkata sebarang cadangan sama ada daripada parti pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), boleh dihantar kepada Tun Zaki.

Beliau berkata Kerajaan Pusat juga akan membabitkan seramai mungkin pakar dan ilmuan bagi memastikan isu itu ditangani secara menyeluruh.

Sementara itu, beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2024, selepas laporan akhir dibawa ke Kabinet.

Beliau turut menafikan dakwaan yang menyatakan kegagalan kerajaan membentangkan RUU355 menyebabkan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Pada 9 Februari, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Cik Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >