Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerajaan M’sia setuju salur peruntukan kepada pembangkang, MOU akan menyusul

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan M’sia setuju salur peruntukan kepada pembangkang, MOU akan menyusul

Apr 18, 2024 | 04:50 PM



KUCHING: Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen (AP) pembangkang.


Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat di Sri Perdana, Putrajaya, petang 17 April.

Sehubungan itu, katanya, satu draf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu.

Menurutnya, draf itu kemudian akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya, lapor Berita Harian Malaysia.


“Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya, yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan dalam satu kenyataan pada 18 April.

Pada 19 Mac lalu, tiga pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berjumpa dengan Datuk Fadillah di Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

Memberi responsnya, Datuk Hamzah berkata PN akan meneliti terlebih dahulu syarat terdapat dalam draf MoU itu yang sedang dirangka Kerajaan Perpaduan berkaitan peruntukan untuk AP pembangkang.

Beliau menambah bahawa sebagai pembangkang, PN hanya akan membuat keputusan selepas draf MOU terbabit diteliti.

“PN menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Bagaimanapun, PN selaku pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat dalam draf MOU yang sedang disiapkan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan pada 18 April.

Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, turut menyambut baik keputusan itu.

“Kita sambut baik keputusan yang dibuat, namun kita akan meneliti kandungan MOU terlebih dahulu dan berharap ia tidak membabitkan perkara-perkara besar.

“Kita juga berharap langkah ini akan mengembalikan fungsi semak imbang pembangkang yang lebih efektif dalam membangunkan negara.

“Peruntukan ini akan membantu rakyat dalam kawasan yang diwakili, khususnya dalam menyusun pembangunan kawasan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Kelantan, di Kota Bharu pada 18 April.

Sebelum ini, Datuk Anwar dilaporkan berkata secara prinsipnya beliau bersetuju dengan pemberian peruntukan kepada AP pembangkang, dengan nilai sama seperti diberikan kepada AP kerajaan.

Namun beliau menegaskan ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu dalam membincangkan kaedah persetujuan terbaik selain mencari titik persefahaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >