Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dua AP Bersatu nafi jadi ‘broker’ tarik pembangkang sokong Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua AP Bersatu nafi jadi ‘broker’ tarik pembangkang sokong Anwar

Mar 26, 2024 | 01:02 PM



KUALA LUMPUR: Dua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa mereka menjadi broker untuk memujuk Ahli Parlimen (AP) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, supaya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


AP Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, dan AP Gua Musang, Encik Mohd Azizi Abu Naim, pada sidang media bersama sebaliknya mendakwa Datuk Wan Saiful adalah individu yang cuba mendekati mereka, bertujuan mengemukakan tawaran sebagai habuan sekiranya menyokong Perdana Menteri.

Menurut mereka, Datuk Wan Saiful turut membangkitkan persoalan mengenai habuan yang dikatakan diterima dua wakil rakyat itu selepas kededua mereka menyatakan sokongan kepada Datuk Anwar sebelum ini.

“Beliau (Wan Saiful) cuba mendekati Mohd Azizi dan saya, kononnya mahu mendapatkan informasi dan kepastian mengenai ubat Wegovey (sejenis ubat tahan selera bagi menguruskan badan dengan suntikan sekali seminggu) yang pernah ditanya dahulu dan ini agak aneh.


“Beliau juga bertanyakan kesahihan individu (dikenali sebagai) Hasnan dan Datuk Azman, selain mendakwa kurang yakin dengan mereka,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Wan Saiful pada 21 Mac lalu meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa berhubung tindakan dua AP yang didakwanya membuat “kacau ganggu” dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.

Beliau dilapor menamakan Encik Mohd Azizi dan Datuk Zulkafperi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 28 Februari lalu, mendakwa diugut supaya menyatakan sokongan kepada Datuk Anwar, selain mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak terbabit bagi tujuan itu sebelum ini.

Mengenai dakwaan enam tawaran kepada Datuk Wan Saiful, Datuk Zulkafperi berkata semua perkara itu adalah permintaan dikemukakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu sendiri.

Sementara itu, Encik Mohd Azizi mendakwa tidak pernah berkomunikasi dengan Datuk Wan Saiful secara bersemuka atau di platform lain, sejak dipilih sebagai wakil rakyat, kecuali ketika taklimat AP Perikatan Nasional pada 2023.


Selain Datuk Zulkafperi dan Encik Mohd Aziz, empat lagi AP Bersatu turut menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Encik Zahari Kechik (Jeli). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >