Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lagi AP pembangkang isytihar sokong Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lagi AP pembangkang isytihar sokong Anwar

Didorong kesedaran peri perlu kestabilan politik, kelancaran pemulihan ekonomi tetapi masih tetap ahli Bersatu
Jan 24, 2024 | 05:11 PM



KUALA LUMPUR: Di sebalik spekulasi Kerajaan Perpaduan Malaysia bakal tumbang melalui ‘Langkah Dubai’, seorang lagi Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan sokongannya buat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


AP Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi, menjadi wakil rakyat pembangkang keenam daripada Bersatu yang menyatakan sokongan bagi Kerajaan Madani.

Dalam satu kenyataan pada 24 Januari, Datuk Dr Zulkafperi menyatakan sokongannya berkuat kuasa tarikh tersebut selepas beliau menyedari peri perlu kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata keputusan itu juga sebagai menginsafi keperitan kehidupan rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini.

“Keputusan ini bertujuan memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen saya terus terbela dan akan mendapat pelbagai manfaat, termasuk peningkatan prasarana dan keperluan tempatan.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” kata Datuk Dr Zulkafperi dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya.

Datuk Dr Zulkafperi turut menegaskan beliau masih setia sebagai ahli Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti itu.

“Demi kelangsungan Parlimen Tanjong Karang seiring dengan pemerintahan peringkat Persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama dengan kepimpinan Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pengisytiharan sokongan itu dibuat tanpa paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang,” tambahnya.

Dari 30 Oktober 2023 hingga kini, seorang demi seorang AP Bersatu mengisytiharkan sokongan terhadap Datuk Anwar.

Ia bermula dengan AP Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; diikuti AP Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; AP Gua Musang, Encik Mohd Azizi Abu Naim; AP Jeli, Encik Zahari Kechik; dan AP Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz.

Bersatu adalah anggota gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pada 6 Januari lalu, Datuk Syed Abu Hussin mendedahkan bahawa lapan lagi AP pembangkang dijangka beralih dan memberi sokongan kepada Datuk Anwar pada sidang pertama Dewan Rakyat 2024, yang dijadualkan pada 26 Februari.

Isu pertukaran kerajaan menjadi topik hangat yang mewarnai drama politik Malaysia sejak akhir Disember 2023.

Ini apabila Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop, mendakwa bahawa wujud gerakan ‘Langkah Dubai’ membabitkan pemimpin pembangkang dan wakil tertentu dalam kerajaan untuk menjatuhkan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Anwar.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang menafikan dakwaan itu, dengan mengatakan ia tidak berasas.

Laporan polis turut dibuat berikutan tindakan pihak tertentu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dengan mengatakan kononnya beliau dirasuah untuk merealisasikan pertukaran kerajaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >