Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan pertimbang garis panduan elak derma awam diseleweng

Jul 17, 2024 | 12:38 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. - Foto FACEBOOK MOHD NA’IM MOKHTAR

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menetapkan garis panduan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan kutipan dana serta derma awam, termasuk membabitkan golongan pempengaruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata garis panduan itu penting dalam memastikan dana dan derma yang diamanahkan itu disampaikan kepada kumpulan sasaran.

“Pesanan yang sama seperti saya sampaikan kepada warga kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), nasihat sama juga kepada pempengaruh.

“Amanah sudah diberikan, iaitu apabila ada sumbangan awam yang diserahkan kepada pempengaruh supaya ia perlu diberikan kepada kumpulan sasar.

“Bila mana ada keyakinan orang awam kepada pempengaruh, kena laksana amanah, jika tidak (akan) berlaku pengkhianatan,” katanya selepas Majlis Zakat Korporat 2024 di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Mohd Na’im berkata demikian ketika mengulas mengenai isu penyelewengan dana derma awam membabitkan pempengaruh.

Beliau turut mengingatkan semua warga kerja MAIWP yang terbabit dalam unit agihan zakat supaya sentiasa mengamalkan integriti dalam tugas pada tahap yang tertinggi.

Ini kerana kesan ketirisan penyalahgunaan wang zakat akan memakan diri, justeru warga kerja terbabit perlu melaksanakan amanah dengan sebaiknya, ujarnya.

“Sebab kalau silap dan salah guna, tak kira berapa jumlah, kecil atau besar akan ia memakan diri. Kalau berlaku ketirisan akan dipertanggungjawabkan.

“Apabila melaksanakan amanah dengan baik, lebih ramai golongan korporat akan tampil sebab sudah yakin zakat itu sampai kepada penerimanya,” katanya.

Pasangan pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30 tahun, yang lebih dikenali sebagai Alif Teega, dan isterinya, Aisyah Hijanah, bersama dua lagi orang yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 11 Julai sudah dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman pada 16 Julai.

Keempat-empat suspek, yang disiasat berkaitan kes penyelewengan kutipan dana serta derma awam, diperintah membayar ikat jaminan RM100,000 ($28,735) setiap seorang.

Semua suspek juga perlu hadir di pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan apabila diperlukan oleh SPRM hingga siasatan selesai.

Penahanan pasangan usahawan itu, yang popular di media sosial dengan motivasi Islamik, menarik perhatian ramai menyusuli siasatan awal SPRM mendapati mereka dipercayai menyeleweng dana derma awam dan sudah mengumpul sumbangan sekitar RM3 juta sejak 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg